HUSQVARNA Motorcycles berjaya mencuri penguasaan KTM dalam “Blue Gravity Enduro Challenge” yang diadakan pada 20 Disember lalu di Litar Enduro Padang Ibu, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Pelumba kelahiran Perak, Lai Wai Seng menunggang jentera Husqvarna TE 250 berjaya mendominasi kedua-dua kategori utama dengan meraih kemenangan Juara dalam kategori ED1 dan ED2.
Manakala bekas pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin turut serta dalam cabaran ini dengan menunggang Husqvarna FE 350.
Zulfahmi berjaya menamatkan cabaran dalam kategori ED1 di tempat ke 7 dan podium tempat ke 3 dalam kategori ED2.
Tidak setakat itu, perlumbaan sengit itu turut disertai pelumba dari Australia, Brett Macnamara berjaya merangkul Juara dalam kategori ED5. Manakala Lene dari Cambodia pula berjaya ke podium tempat ke 3 dalam ED1 dan tempat ke 4 dalam ED2.
Perlumbaan itu menerima lebih daripada 150 penyertaan dengan enam kategori ditawarkan. Antaranya; ED1 (2stroke up to 300cc / 4stoke up to 650cc), ED2 (2stroke - 250cc / 4stroke OPEN), ED3 (CKD / Pit Bikes), ED4 (Cub-cross), ED5 (VETERAN VIP: 40-52 tahun) dan ED6 (VETERAN VVIP: 53 tahun keatas).
Syabas buat semua pemenang!
Kategori ED1
- #188 Lai Wai Seng (Husqvarna), 01h 07’ 01”
- #80 Looi Soong Kim (KTM), 01h 07’ 01”
- #4 Lene (Husqvarna), 01h 07’ 48”
- #5 Chang Sze Piang (KTM), 01h 09’ 26”
- #32 Kook Chee Hoong (Kawasaki), 01h 09’ 43”
Kategori ED2
- #188 Lai Wai Seng (Husqvarna), 00h 47’ 00”
- #102 Muhammad Haikal Rahimi (Yamaha), 00h 47’ 38”
- #63 Zulfahmi Khairuddin (Husqvarna), 00h 47’ 47”
- #4 Lene (Husqvarna), 00h 47’ 50”
- #80 Looi Soong Kim (KTM), 00h 49’ 31”
Kategori ED3
- #196 Mustaqim Sapri (Kawasaki), 00h 48’ 45”
- #98 Muhamad Nooriman Sapri (Kawasaki), 00h 50’ 43”
- #53 Mohamad Faiz Kamaruddin (Kawasaki), 00h 51’ 15"
Kategori ED4
- #94 Mohd Zulhairi Mohd Rodzi (Honda), 00h 49’ 23”
- #153 Mohamad Faiz Kamaruddin (Suzuki), 00h 50’ 00”
- #31 Mohamad Irwan Hafizi (Suzuki), 00h 50’ 23”
Kategori ED5
- #109 Brett Macnamara (KTM)
- #5 Chang Sze Piang (KTM)
- #111 Hau Bee Lim (Kawasaki)
Kategori ED6
- #110 Sharifuddin Safie (Honda), 00h 42’ 16”
- #7 Sanny Teoh (KTM), 00h 42’ 26”
- #62 Tong Chee Soon (Kawasaki), 00h 43’ 31”
Leave a Reply