• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Peugeot e-Legend Concept - Gaya Retro 70-an dengan Teknologi EV Prestasi Tinggi

Peugeot e-Legend Concept - Gaya Retro 70-an dengan Teknologi EV Prestasi Tinggi

September 26, 2018 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


TREND dunia hari ini adalah kembali ke zaman dahulu. Daripada fesyen, hiasan dalaman hingga rekabentuk kenderaan yang tidak terlepas menerima pengaruh retro dan klasik. Dalam dunia automotif, rekabentuk motosikal paling ketara. Pengeluar seperti Honda, Kawasaki, BMW, Bajaj, Ducati dan sejumlah jenama China mengeluarkan model khas untuk merebut pasaran dalam trend tersebut.

Pengeluar kereta juga tidak ketinggalan, dan sentiasa konsisten dengan menawarkan model legenda dan ikonik diperbaharui seperti MINI Cooper, Volkswagen Beetle dan Fiat 500. Kebelakangan ini, trend tersebut makin jelas diikuti dan paling terbaharu, Suzuki melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV), Jimny dengan gaya retro.

BACA >>> #PanduUji: Peugeot 508 (2019), Bukan Lagi Sedan Orang Tua

Bagaimana pula pengeluar lain? Honda sebelum ini tampil dengan kereta EV Concept yang diilhamkan daripada Civic Hatchback klasik dan dijangka menemui peminatnya tahun depan.

KONSEP RETRO GAYA PEUGEOT

PEUGEOT e-LEGEND CONCEPT.07
PEUGEOT e-LEGEND CONCEPT.06
PEUGEOT e-LEGEND CONCEPT.04

Trend sama terus hangat apabila Peugeot tampil mendedahkan model e-Legend Concept pada Pameran Motor Paris 2018, awal bulan depan. Sekali imbas kereta gaya retro itu seakan mirip Datsun IDx Nismo Concept yang ditayangkan pada 2014.

Kenapa sama? Faktanya, kedua-dua model itu dipasarkan pada era sama - 70-an dan tidak hairanlah kenapa model itu ada persamaan. e-Legend Concept dikatakan mengambil ilham daripada Peugeot 504 Coupé (1969) rekaan firma rekabentuk tersohor, Pininfarina.

BACA >>> Jaguar XK120 SE Ini Ambil Masa 6,725 Jam Dibaik Pulih - Menang Anugerah 'Restoration of the Year'

Sama seperti Honda EV Concept, model Peugeot itu dikuasakan teknologi canggih dalam jasad retro. Apa yang menarik tentang e-Legend Concept?

  • Dikuasakan trenkuasa elektrik 100 peratus.
  • Bateri 100kWh membekalkan tork 800Nm tork dan kuasa 455hp.
  • Menggunakan sistem pacuan empat roda (4WD).
  • Pecutan 0-100kmj dibuat sepantas kurang 4 saat dengan kelajuan maksimum 220kmj.
  • Jarak perjalanan hingga 600km mengikut protokol Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Harmoni Seduani (WLTP).
  • Jarak perjalanan hingga 500km boleh dicapai melalui pengecasan pantas.
  • Ada 4 mod pemanduan: 2 Autonomous dan 2 Manual
  • SOFT dan SHARP (Autonomous); LEGEND dan BOOST (Manual)
  • Skrin tengah bersaiz 49 inci!
GALERI

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: EV, Kenderaan Elektrik (EV), kereta konsep, Konsep EV, Peugeot, Peugeot e-LEGEND CONCEPT, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev