• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan Note e-POWER Nismo S dengan Teknologi Canggih Paduan Enjin Elektrik, Petrol

Nissan Note e-POWER Nismo S dengan Teknologi Canggih Paduan Enjin Elektrik, Petrol

September 26, 2018 By Abang Hirata Leave a Comment

199
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DALAM persaingan kereta segmen A dan B, ada satu jenama popular tertinggal - Nissan. Jenama ini tiada masalah kekurangan model, cuma tidak ditawarkan di pasaran tempatan. Ini memang satu misteri kerana pelbagai jenama sama ada tempatan dan luar sedang sibuk berebut pasaran besar segmen itu.

Jika Edaran Tan Chong Motor (ETCM) mahu turut bersaing dalam pasaran ini, model Nissan Note dilihat sebagai jawapan sesuai. Di Jepun, Nissan baru saja melancarkan varian baharu Note yang serba canggih dan ranggi pada 25 September lalu.

Note e-POWER Nismo S ialah varian dengan spesifikasi lebih tinggi berbanding Note e-POWER Nismo yang dilancarkan hujung 2016. Dari segi penambahbaikan, struktur dan suspensi kedua-dua model sama saja, cuma varian baharu itu diberikan talaan baharu untuk inverter dan modul kawalan kenderaan selain penambahan output elektrikal.

Hasilnya, kuasa dan tujahan bertambah 25 peratus berbanding Note e-Power Nismo.

Nismo menala model itu menjadi lebih sedap dipandu menerusi sistem pemanduan e-POWER, iaitu teknologi yang menggabungkan motor elektrik dan enjin petrol. Kereta dengan e-POWER digerakkan motor elektrik yang dikuasakan enjin petrol dengan tugas sebagai generator.

Teknologi itu, dipanggil 'range extender', tidak memerlukan pengecasan seperti kereta elektrik hibrid plug-in (PHEV), cukup hanya mengisi minyak pada enjin biasa.

PALING LARIS DI JEPUN

Nissan Note e-POWER NISMO S.07
Nissan Note e-POWER NISMO S.09
Nissan Note e-POWER NISMO S.08

Seperkara lain menarik tentang Note ialah model itu paling laris di Jepun sepanjang 6 bulan pertama 2018 (tidak termasuk kenderaan mini). Dengan penawaran terbaharu itu, pengguna Jepun tidak perlu bimbang dengan rekabentuk standard Note, malah Nismo siap membuat talaan semula supaya lebih agresif dan ranggi.

Note e-POWER Nismo S dilengkapi komponen spesial luar dan dalam seperti emblem NISMO S, lampu LED, suspensi, pedal, ekzos, modul kawalan kenderaan (VCM), meter, kerusi sport, tayar Yokohama DNA S.drive dan rim aloi 16 inci dan stereng kuasa.

Lebih menarik lagi, kelihatan unit pandu uji Note dikesan di lebuh raya NKVE. Adakah ETCM sedang menguji model itu? Berita menarikkan?

BACA >>> Nissan Lancar 'Warisan Nismo' untuk Hasilkan Semula Alat Ganti Kereta Ikonik

GALERI
Nissan Note e-POWER NISMO S.01
Nissan Note e-POWER NISMO S.02
Nissan Note e-POWER NISMO S.03
Nissan Note e-POWER NISMO S.04
Nissan Note e-POWER NISMO S.05
Nissan Note e-POWER NISMO S.06
Nissan Note e-POWER NISMO S.10

Related

199
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: hatchback, Nismo, Nissan, Nissan NISMO, Nissan Note, Nissan Note e-POWER NISMO S, Roda4, Segmen B

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev