BETUL kata peminat modifikasi, kenderaan nasional lebih mudah ‘dimekap’ berbanding jenama lain. Sebabnya, alat ganti mudah dicari.
Ruangan modifikasi kali ini diteruskan dengan kehadiran Proton Satria 1.6L yang telah menerima sentuhan khas daripada pemiliknya, Din Pomen. Bermula dari dalaman hinggalah luaran, ia bukan lagi sebuah Proton Satria yang biasa.
PRESTASI:
Bermula dari aspek prestasi, enjin asal model keluaran 1995 itu digantikan dengan penggunaan ‘jantung’ 4G63T iaitu daripada jentera Mitsubishi Evolution III. Beberapa penambahbaikan sudah dilakukan demi mendapatkan prestasi yang terbaik.
Piston asal digantikan dengan menggunakan dari model Toyota 1JZ yang mampu memberikan lebih kuasa tujahan. Sistem penyampaian bahan api pula di buat dengan teliti bagi penjanaan kuasa lebih lancar.
Bahan api dari tangki utama yang dipam masuk disambung terus ke fuel regulator Sard sebelum dihantar ke fuel rail untuk dipancitkan ke dalam ruangan kebuk. Udara yang disejukkan oleh unit intercooler asal Evo III itu kemudian di sedut masuk ke ruangan intake oleh throttle body Super90.
Radiator aloi turut dipasang bagi membantu penyejukkan enjin manakala oil catch tank Cusco pula diletakkan di penjuru enjin yang berfungsi memerangkap minyak pelincir berlebihan daripada memasuki semula ruangan enjin.
Kuasa yang dihasilkan kemudiannya dihantar terus ke bahagian roda melalui kotak gear asal Evo III yang dikuncikan menjadi pacuan 2-roda serta dilengkapi set klac berprestasi dari Exedy Racing.
KESELAMATAN:
Jika enjin sudah ‘power’, aspek keselamatan juga harus dipertingkatkan. Oleh demikian, pemilik jentera memasang set suspensi boleh laras Mines HLSH Body Shift, bar 4-point Ultra Racing di bahagian depan serta 2-point di belakang.
DALAMAN:
Memasuki ruang dalaman pula, papan pemuka asal digantikan daripada model Evo III. Tempat duduk Bride Low Max turut menyerikan ruang dalaman selain kehadiran meter bacaan boost beserta unit pemasa turbo dari Apexi.
Turut tidak ketinggalan Sunroof dari model Evo III dipasangkan pada bahagian bumbung selain dipadankan dengan kit badan lengkap Cyborg R. Untuk tampak garang, rim Enkei RP01 berukuran 16-inci dipasang bersama ‘pasangannya’, tayar Bridgestone MY02.
Macam mana, ada berani nak lawan!!!
SPESIFIKASI
Proton Satria 1.6 1995
ENJIN Mitsubishi Evo 3 4G63T
MODIFIKASI ENJIN Piston 1jz, conroad standard, Sard fuel regulator, HKS SSQV blowoff, Turbosmart wastegate, Walbro fuel pump, radiator aloy, CF K&N, throttle body S90, stainless steel piping intercooler Evo3, oil catch tank Cusco
TRANSMISI Manual Mitsubishi Evo III 4wd lock 2wheel, klac Exedy Racing
ELEKTRONIK E-manage, RSM Apexi
SUSPENSI Mines adjustable high low soft hard body shift, Ultra Racing bar 4 point depan, 2 point belakang
SISTEM BREK Mitsubishi Evo III
RODA Enkei RP01 16" 8jj, tayar Bridgestone MY02
DALAMAN Papan pemuka Evo3, kerusi depan Bride Lowmax & Evo2, kerusi belakang Recaro Gti, burger tray, stereng Momo, timer Apexi, boost meter Apexi
LUARAN Bodykit Cyborg R, foglamp mini, sunroof Evo3
BENGKEL Redline Garage Kulim
PEMILIK Mohamad Aminudin @ Din Pomen
Leave a Reply