• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 23 Perlumbaan Tanpa Kemenangan, Rossi Anggap Keputusan Buruk Bagus untuk Yamaha

23 Perlumbaan Tanpa Kemenangan, Rossi Anggap Keputusan Buruk Bagus untuk Yamaha

September 26, 2018 By Aryon 2 Comments

260
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEKANDA dicintai, Valentino Rossi  berharap rekod buruk Yamaha pada aksi Grand Prix (GP) Aragon minggu lalu akan menyedarkan pengeluar itu supaya melakukan sesuatu terhadap jenteranya.

Selepas bergelut mendapatkan kedudukan grid terbaik dalam aksi kelayakan, Rossi yang bermula di petak ke-5, terpaksa berpuas hati di tempat ke-8. Itupun selepas berhempas pulas dari kedudukan ke-17. Rakan pasukan Yamaha, Maverick Vinales pula sekadar di tempat ke-10, manakala pasukan satelit Monster Yamaha Tech 3, Johann Zarco dan pelumba negara Hafizh Syahrin turut mengalami kesukaran sama apabila masing-masing menamatkan saingan di kedudukan ke-14 dan 18.

BACA >>> Inilah 11 Sebab Kenapa Anda Mesti Layan MotoGP 2018

Ini bermakna Yamaha kini sudah mengharungi 23 perlumbaan tanpa sebarang kejayaan dalam kelas premier, melepasi rekod 22 perlumbaan tanpa menang pada 1996-98. Kekanda Rossi ketika ditanya mengenai rekod baharu itu berkata;

"Ambo harap ini penting untuk Yamaha bertindak. Mungkin ada beberapa orang atasan nampak angka tu dan salah seorang tanya, "Bakpo"?

Pelumba legenda dari Itali itu berkata, dia boleh sekurang-kurangnya dapat keputusan yang melegakan daripada penambahbaikan yang dibuat selepas kelayakan, tetapi kini bimbang tentang peluang menamatkan saingan dalam kelompok 10 terbaik.

"Kami cuba buat perubahan besar ke atas motor, dan ambo rasa lebih baik, mula aksi warm-up. Akhirnya, perlumbaan itu jadi tok teruk sangat buat ambo.

"Ambo mula nun jauh kat belakang, tetapi ambo dapat kekal rentak kelajuan dan dapat beberapa mata. Ambo boleh buat top 10, tapi kalau semalam (sesi warm-up) meme tok yakin. Ambo suka benar lagu ni, inilah potensi kami. Kami harap boleh tambah molek," kata Rossi mengikut terjemahan bahasa Kelantan.

Apabila ditanya bilakah kali terakhir beliau rasa Yamaha melakukan penambahbaikan signifikan ke atas jentera M1, Rossi berkata ia dibuat ketika ujian di Aragon, tiga tahun lalu.

"Ada satu ujian kat sini, di Aragon pada 2015, kami buat langkah besar dengan motor tu. Itulah kali terakhir, masih dengan (tayar) Bridgestones.

Kami buat ujian tersebut sebelum GP Assen pada Jun, dan di Assen ambo mene sokmo," katanya.

Mengenai penambahbaikan dilakukan, Rossi menjawab, "Ambo dok ingat benar, casis dan swingarm rasanya."

SUMBER: RideApart

Related

260
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Hafizh Syahrin, MotoGP, Movistar Yamaha MotoGP, roda2, Valentino Rossi, Yamaha, Yamaha M1

Comments

  1. wqewqewqe says

    September 27, 2018 at 8:57 AM

    HAHA HANAT kecek bunyi sieam la mu ni rossi

    Reply
  2. natang mu says

    September 27, 2018 at 12:13 PM

    masya auloh,,,kekanda rossi kecek pata timo! hahahah

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev