• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Walaupun Trump Celupar, Harley-Davidson Laris di Eropah

Walaupun Trump Celupar, Harley-Davidson Laris di Eropah

September 25, 2018 By Aryon Leave a Comment

36
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DI SEBALIK gesaan Presiden Amerika Syarikat (AS) supaya pengguna AS memboikot Harley-Davidson berikutan konflik tarif import dengan Kerajaan, sebaliknya produk jenama itu mencatatkan pertumbuhan jualan di pasaran Eropah.

Perkembangan terbaharu nyata mengejutkan jika mengambil kira pasaran Eropah yang cukup kompetitif dengan jenama dari rantau itu sendiri seperti BMW, KTM dan Piaggio. Malah, tarif dikenakan Trump bakal menyaksikan jenama luar seperti Harley-Davidson terpaksa dijual pada harga dua kali ganda berbanding motosikal Jerman atau Itali. Ini sedikit sebanyak bakal memberi kesan, termasuk keceluparan Trump yang agak defensif dengan nilai Amerika. Tetapi itu semua tidak berlaku sekurang-kurangnya pada masa ini.

BACA >>> Donald Trump Ajak Boikot Harley-Davidson Kerana Cuba Elak Tarif Cukai

Apa berlaku banyak disumbangkan imej ikonik dibawa Harley-Davidson untuk pasaran Eropah yang menjadi sebab kenapa mereka kekal membeli sesuatu produk walaupun dari negara kontroversi seperti AS.


Harley-Davidson baru-baru ini merancang memindahkan sebahagian pengeluaran ke luar negara seperti Eropah bagi menyerap beban tarif import dikenakan Kerajaan Trump. Jika tidak, pelanggan Eropah yang membayar harga munasabah untuk produk import terpaksa membayar lebih untuk membeli motosikal AS.

Mengambil kira momentum dicapai Harley-Davidson, sebarang kenaikan harga berisiko membantutkan perkembangan jualan. Ketika jenama itu berdepan kemerosotan jualan di Amerika Utara, dan cuba mengubah imej untuk menarik minta pembeli muda, peningkatan jualan di Eropah banyak melegakan pengeluar dari AS itu.

BACA >>> Pelan Harley-Davidson: Serius Masuk Pasaran Asia, Bakal Lancar Model 250cc

Menurut Bloomberg, jualan Harley-Davidson di Jerman meningkat dua kali ganda sejak 2005, mencapai 6.4 peratus pasaran pada 2017, menghampiri Kawasaki  (7.2 peratus) dan Yamaha (7.4 peratus). Pencapaian membanggakan itu bukan saja dicapai menerusi jaringan pengedar kuat, tetapi juga pengenalan produk motosikal lebih langsing yang sesuai untuk jalan-jalan kecil di Eropah, termasuk opsyen kustom seperti WiFi.

Di sebalik mulut celupar Trump, Harley-Davidson nampaknya menyinar di bumi Eropah.

SUMBER: Bloomberg

Related

36
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Amerika, Amerika Syarikat (AS), Auto Terkini, Donald Trump, Eropah, Harley-Davidson, Presiden, Presiden AS, Tarif Import

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my