• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ducati Malaysia Perkenal 3 Model 2018: Monster 821, Multistrada 1260 S dan Panigale V4/V4S

Ducati Malaysia Perkenal 3 Model 2018: Monster 821, Multistrada 1260 S dan Panigale V4/V4S

September 25, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

506
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERITA gembira buat peminat motosikal prestasi dari Itali, Ducati apabila pengedar rasmi jenama itu di Malaysia, Next Bike Sdn Bhd kini membawa masuk 3 model pelbagai segmen untuk pasaran tempatan bagi tahun ini, terdiri daripada:

  • Ducati Panigale V4 dan V4 S
  • Ducati Multistrada 1260 S
  • Ducati Monster 821

Berikut beberapa fakta ringkas tentang tiga model hangat tersebut.

1. DUCATI MONSTER 821

Ducati Monster 821 ialah model pertama di bawah barisan produk 2018 yang diperkenalkan oleh pengeluar Itali itu pada 16 Oktober lalu. Pasaran Malaysia didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu Ducati Red (merah) pada harga RM65, 900 seunit dan Classic Ducati Yellow (kuning) yang berharga RM66, 900 seunit. Tidak ketinggalan Next Bike turut menawarkan Monster 821 Base pada harga RM60, 900 seunit. 

Jentera naked bike ikonik dari Borgo Panigale itu menampilkan beberapa pengemaskinian segar dengan menggabungkan prestasi tinggi, kelincahan dan mesra penunggang sesuai untuk kegunaan urban di Malaysia. Karakter Ducati Monster 821 diserlahkan menerusi:

  • Monster 821 dikuasakan enjin Testastretta 2-silinder penyejukan cecair berkuasa 109hp pada 9,250rpm dan tork 86Nm (7,750rpm) yang mematuhi regulasi Euro4.
  • Sensasi tunggangan dipertingkatkan menerusi ciri keselamatan Pek Keselamatan Ducati merangkumi Bosch ABS dan Kawalan Traksi Ducati.
  • Keseronokkan pengendalian boleh dirasai menerusi tiga mod tunggangan yang dibezakan melalui tetapan ABS DTC dan Power Mode.

BACA >>> Sempena Rai 25 Tahun di Pasaran, Ducati Sambut 2018 dengan Monster 821

  • Monster 821 menampilkan rekaan dan ciri sama seperti Monster 1200 dengan tangki dan ekor baharu yang diilhamkan daripada model asal 1992.
  • Selain itu, ciri serba baharu yang didatangkan pada Monster 821  ialah lampu depan, muffler, tangki dengan klip dan bahagian belakang baharu.
  • Buat pertama kalinya Monster didatangkan dengan meter TFT berwarna bersaiz sederhana dengan paparan gear semasa dan indikator minyak.
  • Jentera itu didatangkan dengan kaliper radial monoblock M4-32 di depan bersama sistem suspensi yang diperhalusi dengan shock absorber boleh laras di belakang.

2. DUCATI MULTISTRADA 1260 S

Pertama kali dilancarkan pada 2010, Multistrada merupakan revolusi baharu motosikal dunia yang menawarkan pakej tourer jarak jauh untuk kegunaan harian sehinggalah kepada enduro. Dengan pelbagai tawaran mod tunggangan, Multistrada 1260 S memberikan satu peringkat baharu bagi prestasi, kegunaan dan kawalan lebih baik, keselesaan dan keseronokan.

BACA >>> 5 Ciri Istimewa Ducati Multistrada 1260 (2018) yang Lain daripada Lain

Ducati Multistrada 1260 S didatangkan dengan pilihan warna merah yang berharga RMRM129,900 dan warna kelabu (RM130, 900). Tidak ketinggalan turut tersedia Multistrada 1260 Pikes Peak (RM155, 900).  Berikut antara kemas kini dan naik taraf yang dilakukan pada  Multistrada 1260 S: 

  • Didatangkan dengan enjin, casis dan elektronik termaju bagi menawarkan prestasi dan kawalan signifikan dalam apa juga situasi tunggangan.
  • Berkongsi enjin sama dengan XDiavel tetapi diberikan talaan baharu. Enjin besar L-Twin DVT 1262cc direka untuk menawarkan limpahan daya tork daripada rev rendah hingga pertengahan. Ducati mendakwa 85 peratus henjutan tork itu dapat dicapai pada rev serendah 3,500rpm.
  • Penghantaran kuasa ditingkatkan dengan padanan sistem Ride-By-Wire bagi memastikan kawalan terotel lebih lancar dan Ducati Quick Shift (DQS) Up & Down mengemas kini pengalaman tunggangan lebih baik.
  • Casis baharu dengan swing arm lebih panjang dan bentuk baharu pada bahagian hujung depan memberikan kestabilan maksimum ketika membawa bebanan penuh.
  • Multistrada kini 2.2 inci lebih panjang berbanding model terdahulu membabitkan penambahan ketara jarak roda. Penambahan itu bukan hanya membabitkan lengan ayun yang kini 1.9 inci lebih panjang, tetapi juga dimensi rak dari 24° kepada 25°, dan trel dinaikkan 0.2 inci.
  • Jentera touring itu dilengkapi dengan Bosch IMU (Unit Ukuran Inersia), Lampu Selekoh Ducati dan Kawalan Wheelie Ducati, Kawalan Traksi Ducati, Vehicle Hold Control (VHC) serta sistem suspensi Scahs Ducati Skyhook (DSS) Evolution semi aktif elektronik.
  • Selain itu, pelana Multistrada boleh dilaras ketinggiannya mengikut kesesuaian pemilik dan dipadankan dengan skrin TFT 5" warna penuh bersama lampu depan LED.

3. DUCATI PANIGALE V4 DAN V4 S

Kehadiran Ducati Panigale V4 menjadi tanda mercu dalam sejarah Ducati yang menjadikan ia produk pengeluaran massa Ducati yang dipasang dengan enjin 4-silinder. Dibangunkan bersama Ducati Corse, superbike itu tampil menawan menerusi rekaan baharu yang dibangunkan bagi prestasi trek dan atas jalan biasa.

BACA >>> Ducati Rancang Bina Enjin V4 yang Lebih Murah, dan Mudah Senggara

Panigale didatangkan dengan segudang pilihan aksesori dan pakej prestasi dalam 7 opsyen berbeza, iaitu:

  • Panigale V4: RM129,900
  • Panigale V4 Sport: RM142,900
  • Panigale V4 Race: RM152,900
  • Panigale V4 S: RM169,900
  • Panigale V4 Sport: RM182,900
  • Panigale V4 Race: RM192,900
  • Panigale V4 Speciale: RM362,900

Berikut fakta ringkas tentang Panigale V4 dan V4 S versi Malaysia:

  • Enjin baharu baharu 90° V4 mampu menghasilkan kuasa 214hp @ 13,000rpm, dan tork 124Nm @ 10,000rpm, iaitu 9hp lebih berkuasa berbanding 1299 Panigale, tetapi 20.6Nm kurang tork. Rev enjin ditetapkan hingga 14,000rpm.
  • Panigale V4 menetapkan tanda aras prestasi baharu dengan tawaran generasi terkini Data Platform Inersia 6-Axis (6D IMU). Ciri keselamatan lain termasuk kawalan gelincir ketika membrek, ABS selekoh roda depan yang direka untuk tunggangan trek dan Quickshift Up & Down (DQS).
  • Ducati Panigale V4 masih menggunakan frem monokok yang menjadikan Desmosedici Stradale sebagai nadi kuasa dengan berat basah 197.7kg, meningkat 7.25kg daripada 1299 Panigale.
  • Ciri peralatan lain termasuk lampu depan LED bersama lampu nyalaan siang (DRL), skrin TFT 5" dan kit konfigurasi dua pelana.
  • Panigale V4 S dibezakan menerusi damper suspensi dan stereng bersama Sistem Ohlins Pintar EC 2.0; fork Öhlins NIX-30; shock absorber Öhlins TTX 36, rim aluminium dan bateri litium ion.
GALERI
DUCATI MONSTER 821
DUCATI MULTISTRADA 1260 S
DUCATI PANIGALE V4 & V4 S

Related

506
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Ducati, Ducati Malaysia, Ducati Monster 821 (2018), Ducati Multistrada 1260 S (2018), Ducati Panigale V4, Ducati Panigale V4 (2018), Ducati Panigale V4 S, Monster 821, Multistrada 1260 S, Next Bike Sdn Bhd, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev