• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Marsyal Konvoi Tiada Kuasa Kawal Trafik, Boleh Kena Tindakan Undang-Undang

Marsyal Konvoi Tiada Kuasa Kawal Trafik, Boleh Kena Tindakan Undang-Undang

September 25, 2018 By Aryon Leave a Comment

4.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HAL marsyal sesuka hati mengawal lalu lintas jalan raya untuk kumpulan konvoi memang kerap mengundang kemarahan pengguna jalan raya. Sebenarnya orang ramai boleh saja bertolak ansur dengan ragam marsyal dan kumpulan konvoi, tetapi biarlah berpada.

Kalau sudah sesuka hati menyekat lalu lintas tanpa mempedulikan aspek keselamatan seperti tanpa mempedulikan lampu isyarat, masa puncak, kawasan orang awam, dan banyak tempa berisiko lain, itu sudah tentu tindakan melampau dan memang patut dilawan. Lagi-lagi memang ada undang-undang bertulis yang menyatakan tiada marsyal berhak mengawal undang-undang kecuali dihadiri anggota polis trafik.

BACA >>> Konvoi Amal Modenas Pulsar Owner Club (MPOC) Sumbang Derma kepada Pusat Tahfiz

Hah, kang ramai-ramai buat repot polis, baru dia tahu erti penyesalan sampai menangis bercucuran air mata. Fikir-fikirkan. Jom kita baca kenyataan yang dipertik daripada Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police):

MARSHALL TIADA KUASA UNTUK MENYURUH ANDA MEMBERI LALUAN/LENCONG/HENTIKAN KENDERAAN

Semua pengiring atau marshall TIDAK DIBENARKAN sama sekali mengawal lalu lintas sesuka hati. Penggunaan marshall dalam sesuatu pertandingan, konvoi atau apa jua program mestilah dihadiri dengan polis trafik.

Orang awam atau pengguna jalan raya boleh mengingkari perintah mashall ini sekiranya mereka melakukan tugas-tugas trafik seperti meminta anda memberikan laluan, memberhentikan kenderaan di persimpangan jalan, melencongkan kenderaan anda dan pelbagai lagi.

Mana-mana individu atau kumpulan yang menjalankan tugas trafik tanpa anggota trafik boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 21 Akta Polis 1967 atau Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jom share #infobersama untuk manfaat kita semua.

“Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada”

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#InfoBersama

Related

4.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, konvoi, Konvoi Kereta, Konvoi Motosikal, Lalu Lintas, Marshall, Marsyal Konvoi, Masyal, Seksyen 21 Akta Polis 1967, Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Undang-Undang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my