• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bukan Sekali, Ford GT (2017) Milik John Cena Ini Dilelong Buat Kali Ketiga!

Bukan Sekali, Ford GT (2017) Milik John Cena Ini Dilelong Buat Kali Ketiga!

September 27, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

136
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YA, tajuk di atas memang benar. Model Ford GT (2017) milik superstar WWE, John Cena dilelong buat kali ketiga! Lelongan yang dijadualkan berlangsung Oktober depan akan menemui pemillik baharu keempat selain Cena selaku pemilik pertama.

Sebulan lalu, seorang petani California membeli Ford GT tersebut pada harga AS$1.4 juta (RM5,785,500) dalam acara lelongan 2018 Monterey Car Week.

BACA >>> Ford GT Jadi Model Pertama Dilengkapi Cermin Hibrid Gorilla

Sayangnya, tidak cukup setahun, jentera tersebut diserahkan kepada rumah lelongan Mecum dan pemilik berkenaan hanya menggerakkan model sport warna Liquid Blue (biru) itu sekitar 2km sahaja di Monterey. Selain fakta dan sejarah unik di sebalik proses lelongan, Ford GT  juga antara model sport sangat digemari pembeli, khususnya di Amerika SYarikat (AS).

Seperti model GT lain, Ford GT dikuasakan enjin 3.5L EcoBoost V6 Turbo Kembar berkuasa 647hp dan tork maksimum 677Nm. Angka tersebut sudah cukup untuk jentera itu memecut 0-100kmj sepantas 3 saat dengan kelajuan maksimum 347kmj.

FORD GT YANG LANGGAR SYARAT

FORD GT (2017)4
FORD GT (2017)5
FORD GT (2017)6

Ford GT milik Cena itu memiliki nombor siri 77, mencatatkan rekod perbatuan rendah, 1,024km dan keadaan jentera masih dalam kondisi baik. Fakta dan sejarah menarik di sebalik model itu ialah Cena disaman Ford selepas melanggar perjanjian untuk tidak menjual kenderaan tersebut dalam tempoh dua tahun pertama pemilikan.

Bagaimanapun, Cena dan Ford dikatakan sudah menyelesaikan isu tersebut di luar mahkamah dengan bayaran dipersetujui dan tidak didedahkan. Khabarnya, Ford meminta bayaran hasil keuntungan jualan tersebut untuk didermakan kepada badan kebajikan.

BACA >>> Ford Perkenal Cermin Pintar untuk Orang Buta Nikmati Pemandangan Luar Kereta

Memandangkan Cena, yang membeli kereta sport itu pada harga AS$466,376 (RM1.92 juta), sudah menangani semua permasalahan kontrak pemilikan asal, Ford GT itu dipercayai menjadi satu-satunya model yang bebas dijual tanpa sebarang tindakan mahkamah. Mungkin itulah sebab pemilik sekarang menjualnya dan cuba mencari untung cepat walaupun kurang sebulan menjadi tuan kereta.

FORD GT (2017)4
FORD GT (2017)1
FORD GT (2017)5
FORD GT (2017)3
FORD GT (2017)2
FORD GT (2017)6

SUMBER: Carscoops

Related

136
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2018 Monterey Car Week, Ahli Gusti, Auto Terkini, Ford, Ford GT, Ford GT (2017), Ford Malaysia, John Cena, kereta lelong, Kereta Sport, lelong, Rumah Lelongan, WWE

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev