MEMBELI minyak pelincir atau minyak enjin tulen sangat penting dalam menjamin prestasi optimum selain memanjangkan jangka hayat enjin kenderaan. Kebelakangan ini, terdapat, banyak kes minyak enjin tiruan dan yang diimport dari sumber yang diragukan di pasaran.
Tetapi, bagaimanakah cara memilih dan mengenal pasti ketulenan sesuatu jenama minyak enjin itu?
Pernahkah anda tertanya adakah minyak enjin yang dibeli itu benar-benar tulen? Berikut ialah 4 cara pilih minyak pelincir tulen:
1. BELI MINYAK DARIPADA PERUNCIT SAH
Ini cara paling mudah memilih minyak pelincir atau minyak enjin tulen, iaitu beli daripada peruncit yang sah.
Jikalau jenama pilihan ialah minyak enjin Shell Helix, belilah dekat stesen minyak Shell! Senangkan?
Alasannya, setiap stesen minyak hanya akan menjual minyak pelincir tulen jenama masing-masing. Ini dapat mengelakkan anda terbeli minyak palsu atau terpakai.
Tetapi bagi Shell Helix, selain stesen runcit Shell di stesen minyak, anda boleh juga dapatkan minyak enjin tulen di:
- Bengkel-bengkel Jenama Shell Helix
- Bengkel-bengkel Rasmi
- Gedung Rasmi Dalam Talian Shell Malaysia di Lazada Malaysia, 11street dan Shopee.
2. KETAHUI HARGA RUNCIT
Bak kata pepatah, * takut titik lalu tumpah. Bukan semua barang yang murah itu bagus, lebih-lebih lagi minyak enjin. Kereta ialah pelaburan cukup besar bagi rakyat Malaysia. Jadi, jangan ambil risko dan beli minyak murah daripada sumber tidak sah kerana berisiko merosakkan enjin dan membahayakan kenderaan anda!
Tidak mungkin minyak Shell Helix tulen dan sah akan dijual pada harga terlalu rendah, lebih-lebih lagi di hipermarket dan peruncit persendirian atas talian.
* Takut rugi sedikit, langsung rugi banyak
3. BACA LABEL DENGAN TELITI
Dalam usaha menangani produk minyak pelincir tiruan atau palsu, Shell Malaysia melancarkan label baharu untuk minyak enjin Shell Helix tulen dan sah yang khas untuk pasaran Malaysia. Pastikan pek minyak Shell Helix anda ada perkataan ‘Untuk Pasaran Malaysia’ pada label depan botol.
Jika dikopek label itu, pembeli dapat melihat kod QR unik yang boleh diimbas untuk pengesahan selanjutnya. Label belakang pula tersedia maklumat dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.
4. IMBAS KOD TULEN
Jika anda beli minyak enjin Shell Helix, ada 3 langkah boleh dibuat untuk mengesahkan ketulenan minyak enjin kenderaan iaitu:
- Langkah 1: Kopekkan label untuk dedahkan kod QR yang unik. Imbas kod QR yang tertera pada bahagian dalam label Shell Helix yang akan membawa anda ke laman pengesahan produk SHARE.
- Langkah 2: Lengkapkan butiran seperti nombor telefon, pendaftaran kenderaan, kod produk dan kod kedai. * Kod kedai ada pada poster SHARE di outlet SHARE terpilih.
- Langkah 3: Keputusan ketulenan akan ditunjukkan dalam laman dan dihantar terus menerusi kiriman SMS.
Paling penting, hati senang jika servis kereta dengan minyak pelincir tulen. Kereta pun sedap dipandu dan tahan lama.
Sebarang maklumat lanjut mengenai bengkel-bengkel Shell Helix yang terdekat, sila layari www.shell.com.my/helix atau hubungi Talian Pelanggan Perkhidmatan Shell di 1300-88-1808.
Leave a Reply