• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha Filipina Perkenal Mio Aerox S Versi 'Full Spec', Ada 155 Unit Sahaja

Yamaha Filipina Perkenal Mio Aerox S Versi 'Full Spec', Ada 155 Unit Sahaja

September 22, 2018 By Aryon Leave a Comment

198
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA Filipina meluaskan ahli famili skuter Mio dengan tambahan varian terbaharu, Mio Aerox S yang didedahkan pada Yzone di Greenfield, Pasig dekat ibu kota Manila, minggu lalu.

Mio ialah nama khas yang dikhaskan Yamaha Filipina untuk segmen skuter. Model skuter Mio lain ialah Mio Sporty, Mio i 125/S dan Mio Soul 125/S, manakala Aerox ialah siri Mio paling berkuasa dengan enjin bersesaran 155cc.

Mio Aerox S baharu ini tampil lebih menarik dengan tambahan ciri Sistem Henti-Mula (Stop-Start System - SSS) eksklusif yang mampu memberikan lebih penjimatan bahan api selain merendahkan pelepasan emisi. Ia berfungsi mematikan enjin secara automatik apabila motosikal berada dalam keadaan lahu selama 5 saat, manakala teknologi Smart Motor Generator (SMG) dapat menghidupkan enjin dengan mudah.

BACA >>> Yamaha Aerox 155 (2018) Indonesia Dapat Baju Baharu

Selain SSS, Mio  Aerox S juga dipasangkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) untuk roda depan, termasuk dilengkapi Pengatur Injap Variabel (Variable Valve Actuation - VVA) dan sistem pencucuhan tanpa kunci, Sistem Kunci Pintar (Smart Key System - SKS).


Mio Aerox S ditawarkan dalam warna Matte Blue (biru kusam)-strip jingga dan White (putih)-strip biru muda dengan harga pasaran Filipina, Php122,000 (RM9,319).

Nama lain untuk Aerox ialah NVX dan hampir semua pasaran Asean menerima masuk model skuter Yamaha ini, termasuk Malaysia yang baru-baru ini memperkenalkan versi Edisi GP. Tapi versi Malaysia memang sudah siap ada ABS, SKS, SSS dan VVA. Jadi tiada apa yang istimewa tentang Mio Aerox S di Filipina kecuali warna badan unik, Matte Blue dengan strip dan panel sisi badan jingga.

BACA >>> Yamaha NVX Edisi GP (2018) di Pasaran 21 September Ini - RM10,606 (Bukan Harga Kedai)

Seperkara yang unik lagi tentang 'NVX Filipina' ini ialah skuter tersebut ditawarkan dalam unit terhad, iaitu 155 unit sahaja dan pembeli berminat perlu buat tempahan. Tapi ingat, Malaysia ada GP Edition harga kedai lain-lain! Wow, tepuklah sikittt...

SUMBER: Yamaha-Motor.com.ph

Related

198
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Filipina, Moped, roda2, skuter, Yamaha, Yamaha Filipina, Yamaha Mio Aerox S, Yamaha NVX 155

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my