• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Foto Akhir BMW R 1250 GS dan R 1250 RT Baharu Akhirnya Didedahkan

Foto Akhir BMW R 1250 GS dan R 1250 RT Baharu Akhirnya Didedahkan

September 24, 2018 By Aryon Leave a Comment

447
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TIADA kejutan besar sebenarnya kerana kita sedia maklum tentang apa yang akan muncul. Terima kasih kepada rekabentuk dan video yang sudah bocor. BMW akhirnya mendedahkan R 1250 GS dan 1250 RT baharu sekali gus menamatkan spekulasi tentang dua model baharu itu.

Beberapa minggu lalu, R 1200 GS dinaik taraf untuk versi 2019 dengan menaik taraf enjin daripada 1170cc kepada 1254cc. Enjin boxer besar itu kini mampu menjana kuasa setinggi 136hp dan tork 109Nm. Hasil bantuan teknologi Shifcam serba baharu, model baharu itu kini memiliki kuasa lebih besar dan prestasi dipertingkat pada rpm rendah.

Sistem Shiftcam menghubungkan aci beban secara separuh dan sepenuhnya yang membantu mengubah bukaan injap untuk mengoptimumkan output. Kini, enjin yang lebih sejuk dan diperhalusi itu mampu menawarkan lebih penjimatan bahan api, mengurangkan emisi dan paling penting,  menghasilkan lebih kuasa

BACA >>> Video Bocor, BMW GS 1250 R (2019) Guna Teknologi Pemasaan Injap Variabel (VVT)

Kedua-dua model menerima dua mod tunggangan, termasuk Kawalan Stabiliti Automatik (ASC) dan Bantuan Mula Daki (HSA) sebagai ciri standard. Pakej opsyen Riding Modes Pro disediakan mod tunggangan Dynamic, manakala bagi GS, ia dilengkapi mod Dynamic Pro, Enduro dan Enduro Pro.

Juga ciri standard baharu lain ialah fungsi konektiviti menerusi BMW Motorrad Multi-Controller yang membolehkan penunggang mengakses fungsi motosikal menerusi capaian Bluetooth dengan paparan pada skrin warna 6.5 inci baharu. Opsyen diberikan pula ialah Panggilan Kecemasan Pintar (IEC) yang akan membuat panggilan kecemasan automatik apabila berlaku kemalangan.

Selain itu, ciri Kawalan Brek Dinamik (DBC) berfungsi mengehadkan terotel daripada terus memecut sekiranya berlaku situasi brek kecemasan. Segala ciri baharu diberikan itu menambah berat GS sebanyak 4.9kg dengan berat total, 249kg.

BACA >>> BMW R1200GS Kini dengan Harga Mampu Milik dan Berkuasa Bateri

Kedua-dua model menawarkan ketinggian pelana boleh laras dan didatangkan dalam pelbagai trim dan varian, termasuk ciri kustom Motorrad Spezial. Harga BMW R 1250 GS dan RT (2019) masih belum didedahkan.

GALERI
BMW R 1250 GS
BMW R 1250 RT

SUMBER: RideApart

Related

447
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: BMW, BMW Motorrad, BMW R 1250 GS, BMW R 1250 RT, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev