• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota Perkenal Ciri A-TRC untuk Fortuner, Kemas Kini Innova dan Hilux

Toyota Perkenal Ciri A-TRC untuk Fortuner, Kemas Kini Innova dan Hilux

September 22, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

20
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELARI falsafah Kaizen Toyota yang membawa maksud penambahbaikan berterusan, UMW Toyota Motor (UMW Toyota) mengemas kini model Fortuner, Innova dan Hilux supaya tampil lebih segar dan relevan di pasaran tempatan.  Tempahan semua model tersebut sudah dibuka sejak 3 September lalu, manakala proses serahan akan dibuat penghujung bulan ini.

Fortuner, Innova dan Hilux kini didatangkan dengan pilihan warna baharu: Phantom Brown (coklat), yang juga warna baharu diperkenalkan di peringkat global.

BACA >>> Toyota Fortuner Baharu - Harga Bermula RM186,900

FORTUNER DITAMBAH CIRI A-TRC

Toyota Fortuner kemas kini 2018
Toyota Hilux kemas kini 2018
Toyota Innova kemas kini 2018

Demi keselamatan pengguna, Fortuner kini dipertingkatkan dengan sistem bantuan pemanduan tambahan iaitu Kawalan Traksi Aktif (A-TRC) selain ciri keselamatan lain seperti Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC), Bantuan Brek (BA) dan Kawalan Bantuan Daki Bukit (HAC).

Ciri A-TRC membantu meningkatkan cengkaman atas permukaan jalan licin yang sangat penting dalam situasi pemanduan off-road, terutama ketika melalui jalan berlumpur. A-TRC berfungsi mengesan kadar pusingan roda dan mengagihkan tork antara roda depan dan belakang untuk mengelak kadar pusingan berlebihan, seterusnya mengawal kenderaan daripada tergelincir.

Fortuner dan Innova masing-masing mempunyai kapasiti 7 dan 8 penumpang. Generasi terkini dua model tersebut menampilkan ciri seperti pintu kargo belakang elektrik dan kawalan jelajah (hanya untuk Fortuner), Sistem Masuk dan Penghidup Pintar, lampu utama LED dan kerusi pemandu dengan 8 tetapan.

BACA >>> Toyota Umum Harga Baharu dengan SST, Bermula 1 September untuk Semua Model

Sistem infotainmen dengan paparan skrin sentuh turut didatangkan dengan ciri tambahan, termasuk sambungan kepada telefon pintar dan Internet.

HARGA

  • Toyota Fortuner (4 varian) - RM170,500 - RM195,600
  • Toyota Innova (4 varian) - RM107,280 - RM132,400
  • Toyota Hilux 2 kabin (5 varian) - RM100,000 - RM138,000

* Harga termasuk caj SST tanpa insurans

Related

20
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: A-TRC, bakal suv proton, kemas kini, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda 4, Roda4, SUV, Toyota, Toyota Fortuner, Toyota Hilux, Toyota Innova 2018, Trak pikap, UMW Toyota Motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev