SEBELUM teruskan pembacaan, harap dapat tarik nafas dahulu dan tenangkan diri.
Yamaha YZF-R15, jentera sport 155cc yang ditunggu sejak sekian lama kini boleh didapati di kedai-kedai dan wakil penjual motosikal Yamaha sekitar Lembah Klang. Berita baik bagi peminat jentera ini yang sudah sekian lama menunggu sejak kali pertama kelibatnya dilihat sedang diuji di jalanan Malaysia beberapa tahun lalu.
Berita kurang enak? Harga!
Berdasarkan pertanyaan yang kami ajukan kepada beberapa wakil penjual sekitar lembah Klang ini, Yamaha R15 baru ditawarkan pada harga tunai kira-kira RM14,800 termasuk cukai dan insurans serta aksesori lain (berbeza mengikut pakej yang ditawarkan setiap wakil penjual). Jika anda memilih untuk membeli secara ansuran seperti kebanyakan pembeli baru hari ini, jangan terkejut sekiranya anda perlu membayar lebih RM15,000 untuk sebuah motosikal dengan sesaran *hampir* sama dengan sebuah kapcai.
BACA >>> Perbezaan Yamaha R15 v3.0: India vs Indonesia, dan Ramalan Versi Malaysia?
Buat masa ini kami dimaklumkan masa menunggu tidak terlalu lama, iaitu sekitar 2 minggu untuk semua varian warna: hitam, kuning dan biru.
Jadi, apa alternatif yang ada?
Bagi kami jika anda pernah memiliki Yamaha FZ150i, lebih berbaloi menaik taraf kepada sportbike 250cc terpakai. Kebanyakannya ditawarkan dalam lingkungan harga RM15,000 seperti Kawasaki Ninja 250SL (cukup mudah untuk dapatkan unit terpakai model ini dengan kondisi cemerlang), ataupun Kawasaki Z250, Ninja 250 dan Yamaha YZF-R25 keluaran 2015-2016 dengan perbatuan sekitar 30,000km.
Jika memiliki lesen B penuh pula, pilihan yang tampak lebih berbaloi pastinya Modenas Dominar 400 yang baru ditawarkan Modenas tahun ini. Hadir dengan nadi 373cc yang cukup bertenaga, soal kuasa pastinya bukan lagi isu terutama dalam segmen harga belasan ribu ringgit.
BACA >>> Perbandingan Sportbike RM12K: Yamaha R15 atau Modenas Pulsar RS200?
Tapi tunggu dulu...
Walaupun agak mahal untuk sebuah sportbike 150cc, harus diingat ia satu-satunya sportbike dalam kelas sesaran ini yang didatangkan dengan fork depan terbalik (USD) berserta ciri slipper & assist clutch.
Bersama enjin 4 lejang silinder tunggal 155cc dengan teknologi VVA yang cuma mampu mencapai kuasa maksimum 19hp, mungkin sudah cukup meyakinkan anda.
Tambahan pula melihat ciri lain ditawarkan seperti panel meter digital penuh, suis hazard dan swingarm 'banana' yang juga sukar didapati pada motosikal lain dalam lingkungan harga sama, malah lebih daripada itu; Yamaha R25 pun kalah apabila dibandingkan R15 dalam soal ini.
Apa pula pendapat anda?
GALERI
SUMBER: FB KHM Kian Huat Shah Alam
mrdin says
sayang sekali.seat nya tinggi,aku nak beli tak jadi,takut tak stabil r250 rendah.nak tanya boleh potong tak seat kasi rendah?
Zamry says
Sayang sekali tangki minyak tinggi ini menekan kemaluan rider senak...bila pemboceng menongeng disebabkan position blkg tinggi