• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Video Bocor, BMW GS 1250 R (2019) Guna Teknologi Pemasaan Injap Variabel (VVT)

Video Bocor, BMW GS 1250 R (2019) Guna Teknologi Pemasaan Injap Variabel (VVT)

September 18, 2018 By Han Othman Leave a Comment

136
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


WALAUPUN menunggu masa dilancarkan minggu ini, tetapi terlebih dulu bocor satu video tentang teknologi terkini digunakan BMW GS 1250 R (2019), iaitu model baharu yang dinaik taraf daripada GS 1200 R sebagai jentera aras mula pengeluar Jerman itu, tahun depan.

BMW turut menyentuh sedikit tentang teknologi pemasaan injap variabel (VVT), dipanggil 'Shiftcam'. Dalam video didedahkan itu, peminat ditunjukkan bagaimana teknologi tersebut bekerja, dan tentang gaya model GS baharu itu nanti.

BACA >>> BMW R1200GS Kini dengan Harga Mampu Milik dan Berkuasa Bateri

Video berkenaan memperincikan tentang cara sistem Shiftcam bekerja pada rpm rendah dan tinggi. Pintu syif (shift gate) akan mengawal posisi aci sesondol (camshaft) yang beranjak antara aci beban separa (partial load cam)) dan aci beban penuh (full load cam), bergantung kepada bukaan terotel.

Pada kelajuan rendah seperti tetapan dalam bandar dan off-road, aci beban separa akan mengaktifkan injap yang mengurangkan bukaan terotel dan memberikan output optimum pada rpm rendah.

Apabila terotel dibuka, satu peg kecil  akan melungsurkan pintu syif ke sisi, menganjakkan aci sesondol dan menghubungkan aci beban penuh, sekali gus memaksimumkan bukaan injap dan menjana prestasi enjin dengan hamburan kuasa setinggi 136hp.

BMW bukan pengeluar motosikal pertama menggunakan VVT kerana Ducati terlebih dahulu mengintegrasikan teknologi seumpama itu yang dbangunkan sendiri untuk model-model baharu jenama tersebut seperti Diavel 1260.

BACA >>> Ducati Rancang Bina Enjin V4 yang Lebih Murah, dan Mudah Senggara

Ducati menggunakan pelaras pemasaan injap pada ambilan dan injap ekzos, menguruskan sinkronisasi dan berapa lama kedua-dua injap kekal terbuka. Kaedah ini membolehkan Ducati mengoptimumkan prestasi Desmodromic dan memberikan jalur kuasa lebih besar. Malah, Honda juga memiliki sistem yang sama seperti BMW, iaitu VTEC.

Banyak lagi yang perlu diketahui tentang sistem baharu BMW itu dan seberapa lancar ia memacu GS 1250 R (2019) yang bakal dilancarkan, termasuk model adik, GS 850 R, nanti.

bmw-gs-1250-r-shiftcam-1
bmw-gs-1250-r-shiftcam-2
bmw-gs-1250-r-shiftcam-3
bmw-gs-1250-r-shiftcam-4
bmw-gs-1250-r-shiftcam-5
bmw-gs-1250-r-shiftcam-6
bmw-gs-1250-r-shiftcam-7
bmw-gs-1250-r-shiftcam-8
bmw-gs-1250-r-shiftcam-9
bmw-gs-1250-r-shiftcam-10

SUMBER: RideApart

Related

136
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: autotainment, BMW, BMW GS 1250 R, Pemasaan Injap Variabel, Roda4, Shiftcam BMW, teknologi, Teknologi Shiftcam, VVT

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev