• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Lexus UX (2019), Cubaan Pengeluar Mewah Masuki Segmen Crossover Bajet

Lexus UX (2019), Cubaan Pengeluar Mewah Masuki Segmen Crossover Bajet

September 20, 2018 By Han Othman Leave a Comment

172
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DIVISYEN mewah Toyota, Lexus memperkenalkan model baharu, Lexus UX (2019) sebagai tambahan kepada barisan famili sedia ada. Model tersebut ialah crossover aras mula, yang kali pertama dibina Lexus atas platform arkitektur global GA-C baharu dengan struktur ringan dan rigid, termasuk pusat graviti rendah dan talaan suspensi diperhalusi.

Model basis, UX200 dijana enjin petrol empat sebaris 2.0L berkuasa 168hp dan tork 205Nm dengan transmisi Direct Shift CVT. Satu lagi varian ialah versi hibrid, UX250h, menggunakan enjin sama, tetapi dengan tambahan sistem pacuan semua roda (AWD) dan motor elektrik kuasa bateri nikel-meta-hidrida.

BACA >>> Lexus LC Limited Edition - Sedan GT Mewah Edisi Khas Tunjuk Muka Sebelum ke Paris

Kombinasi enjin tradisional dan elektrik itu menghasilkan kuasa setinggi 176hp yang menjadikan UX250h lebih berkuasa dan ekonomi. Kehadiran motor elektrik kedua pula memberikan keupayaan pacuan semua roda (AWD) hingga 69kmj dalam situasi cengkaman rendah.

GRIL EKSKLUSIF UNTUK 'F SPORT'

Kedua-dua varian, UX200 dan UX250h ditawarkan opsyen pakej 'F Sport' dengan tambahan rekaan gril eksklusif, kemasan depan dan belakang hitam, rekabentuk bampar belakang sedikit berbeza dan rim aloi 18 inci. Ruang dalaman F Sport dihidangkan kluster meter ilham supercar LFA, roda stereng kulit dan selektor gear, pedal sport aluminium dan skrin sentuh LCD 8 inci (bukan F Sport, 7 inci).

Ciri keselamatan standard ialah Bantuan Suluh Tinggi-Pintar (iHBA), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Amaran Lencong (LDW), Amaran Perlanggaran Depan (FCW), Pengesanan Pejalan Kaki, Brek Kecemasan Automatik (AEB), dan Bantuan Tanda Jalan (RSA).

BACA >>> Lexus LS 500 (2018) Serlahkan Kehalusan Seni dan Budaya Jepun

Naib Presiden Eksekutif Lexus International dan Ketua Jurutera UX, Chika Kako berkata, Lexus UX direka khas untuk pembeli urban moden yang mencari elemen segar, kontemporari dan dinamik dalam pemanduan mewah.

"Kami merekabentuk Lexus UX (2019) untuk menarik perhatian pembeli muda yang mencari bukan hanya kenderaan baharu dan mengujakan, tetapi juga relevan dengan gaya hidup mereka," katanya.

Harga UX (2019) di Amerika Syarikat bermula AS$33,025 (RM136,724), lebih murah AS$4,000 (RM16,560) daripada versi SUV Lexus lebih mewah, NX. Harga NX 300 Urban (model basis) di Malaysia ialah RM326,000.

GALERI
LEXUS UX200 (2019)
LEXUS UX250h F SPORT (2019)

SUMBER: Lexus.com

Related

172
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Chika Kako, Crossover, F Sport, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Lexus, Lexus UX, Lexus UX (2019), Lexus UX 250h, Lexus UX200, Platform GA-C, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my