• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Subaru Crosstrek e-Boxer (2019) - Enjin Boxer Hibrid Plug-In Kini di Jepun

Subaru Crosstrek e-Boxer (2019) - Enjin Boxer Hibrid Plug-In Kini di Jepun

September 13, 2018 By Azhan O Leave a Comment

FacebookTwitter


SUBARU Jepun memperkenalkan model Crosstrek Hybrid di negara asal pengeluar itu yang disebut sebagai Subaru Crosstrek e-Boxer (2019).

Crosstrek Hybrid itu masih mengekalkan enjin boxer 2.0L aspirasi natural (NA), sama seperti versi petrol dan dipadankan dengan motor elektrik kecil. Menurut Subaru Jepun, sistem hibrid itu memberikan fill pemanduan yang lebih selesa, lancar dan ringan dengan lebih prestasi.

Enjin tersebut mampu menjana kuasa 143hp dan tork 188Nm, manakala motor memberikan tambahan kuasa 13hp dan tork 65Nm. Ini bermakna ia menggunakan trenkuasa sama yang ada pada Crosstrek Hybrid versi Amerika Utara yang ditamatkan pengeluaran pada 2016.

BACA >>> #PanduUji: Subaru XV (2018) Manfaatkan Sepenuhnya Ciri Off-Road

Trenkuasa hibrid itu hanya ditawarkan pada varian premium, Crosstrek Advance di Jepun yang serba lengkap. Antara ciri standard diberikan ialah lampu utama LED, kemasan luaran krom dan pelapik plastik sisi pintu warna perak. Opsyen ditawarkan ialah upholsteri kulit, rel bumbung dan sistem bantuan pemandu EyeSight Safety Plus dengan tambahan cermin pandang belakang pintar, monitor paparan sisi dan depan pada cermin sisi, sensor kenderaan belakang dan bantuan suluh tinggi (HBA) automatik.

Teknologi hibrid dibangunkan Subaru itu ialah hasil perkongsian baharu bersama Toyota yang diambil daripada teknologi plug-in Toyota Prius Prime. Perincian model itu belum didedahkan, tetapi jika melihat spesifikasi Prius Prime, model itu dipacu bateri litium-ion 8.8 kWh dan trenkuasa elektrik 91hp yang memberikan jarak perbatuan elektrik sekitar 40km. Jadi ada kemungkinan Crosstrek e-Boxer (2019) bakal memiliki prestasi sama seperti sedan PHEV Toyota itu.

Di Malaysia, Crosstrek dikenali sebagai XV, iaitu crossover kompak yang dibangunkan berasaskan platform Impreza generasi keempat, manakala di Jepun dipanggi Impreza XV dan Amerika Utara (Crosstrek XV) sebelum perkataan XV digugurkan. Tidak diketahui apakah Crosstrek e-Boxer (2019) akan menjengah masuk ke pasaran negara ini, tetapi tidak mustahil.

SUMBER: AutoGuide

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Crossover, hibrid plug-in, Jepun, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), PHEV, Roda4, Subaru, Subaru Crosstrek, Subaru Crosstrek e-Boxer (2019), Subaru Jepun, Subaru XV, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev