• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Foto Renault Kadjar (2019) Facelift Didedahkan, Kini dengan Rupa Lebih Segar Menawan

Foto Renault Kadjar (2019) Facelift Didedahkan, Kini dengan Rupa Lebih Segar Menawan

September 12, 2018 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


RENAULT Kadjar versi dipertingkat bakal dilancarkan sempena Pameran Motor Paris 2018, bulan depan yang dijangka memberikan saingan sengit kepada seteru utamanya, Nissan Qashqai,

Foto crossover baharu itu didedahkan lebih awal dengan menampilkan beberapa perubahan ergonomik dan rekabentuk minor, termasuk beberapa teknologi minimal dan barisan enjin diubah suai, serta unit petrol baharu. Sejak dilancarkan pada 2015, Renault mendakwa lebih 450,000 Kadjar sudah dijual seluruh dunia, tetapi masih gagal menyaingi Qashqai dari segi jumlah jualan keseluruhan.

BACA >>> 11 Fakta Pantas | Renault Captur (2018) Facelift CKD, Harga Kekal - RM109,000

Rekabentuk semula Kadjar (2019) facelift paling ketara dapat dikesan pada rupa depan model tersebut menerusi lampu utama dengan suluhan LED signatur baharu, manakala lampu kabus kini dipetakkan dan diletakkan kemas dalam bampar depan yang direka semula.

LEBIH CIRI MODEN

2019-renault-kadjar-facelift-10
2019-renault-kadjar-facelift-7
2019-renault-kadjar-facelift-12

Gril juga direka semula dan kini mendapat kemasan aksen krom. Indikator, lampu undur dan lampu kabus LED baharu diperkenalkan untuk penampilan rupa belakang crossover yang lebih mengancam, manakala rim aloi baharu menawarkan pilihan saiz daripada 17 hingga 19 inci.

Ciri kabin dilengkapkan skrin sentuh infotainment 7 inci baharu yang menurut Renault kini lebih cerah dan responsif berbanding model terdahulu. Faktor ergonomik dalaman turut dipertingkat.

BACA >>> Thierry Henry Kembali dalam Iklan TV Renault untuk Liga Perdana Inggeris (EPL) 2018/19

Kawalan suhu, ventilator udara sekeliling dan kawalan tingkap kuasa, termasuk cermin turut direka semula supaya lebih selesa disentuh dan mudah digunakan. Kerusi juga diubah suai dan kini lebih selesa, dan konsol tengah pula memuatkan pemegang cawan baharu, ruang celah hendal pintu dalam kini lebih besar.

Di sebalik bonet, Kadjar menampilkan enjin petrol 4 silinder 1.3L pengecas turbo yang ditala dengan dua kuasa berbeza: 138hp dan 158hp. Renault berkata, varian diesel 1.5L dan 1.7 liter kini lebih bersih dan kedua-duanya mampu menghasilkan lebih kuasa berbanding model sebelum ini. Varian 1.7L yang mampu menjana kuasa 148hp, ditawarkan dalam opsyen pacuan semua roda (AWD).

GALERI

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Crossover, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Renault, Renault Kadjar, Renault Kadjar Facelift (2019), Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
    Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
  • Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
    Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
  • Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
    Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev