• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Porsche 911 GT3 Cup Bergolek 10 Kali, Tetapi Pemandu Langsung Tidak Cedera

Porsche 911 GT3 Cup Bergolek 10 Kali, Tetapi Pemandu Langsung Tidak Cedera

September 10, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


DALAM dunia pemotoran, sudah banyak ciri keselamatan model dibangunkan hingga kita terlupa tentang bahaya sukan perlumbaan itu sendiri. Insiden menimpa Porsche 911 GT3 Cup ini mengingatkan kita tentang kesilapan kecil boleh menyebabkan malapetaka besar dalam sekelip mata.

Pada perlumbaan ke-6 Kejuaraan Enduran VLN di litar Nurburgring, Jerman, pemandu asal Amerika Syarikat (AS), John Shoffner daripada pasukanJ2 Racing hilang kawalan selepas laluan lurus Flugplatz. Berdasarkan sedutan video, sebaik memasuki selekoh, Shoffner sudah hilang kawalan sebelum Porsche dipandunya itu meluncur ke tepi rumput dan bergolek.

Porsche 911 GT3 Cup3
Porsche 911 GT3 Cup2

Dalam 5 saat saja GT3 itu bergolek 10 kali sebelum berhenti dalam keadaan terbalik di tepi trek. Shoffner langsung di bawa ke hospital dan menurut pasukan J2 Racing, dia tidak mengalami sebarang kesakitan, termasuk kecederaan kritikal.

BACA >>> Rossi: Litar Mexico Sangat Bahaya untuk Perlumbaan MotoGP!

Insiden itu membuktikan betapa ciri keselamatan pada kereta perlumbaan sangat penting dan mesti berfungsi baik. Walaupun sudah bergolek beberapa kali, kokpit Porsche 911 GT3 kekal utuh, terima kasih kepada roll cage yang direka untuk mengurangkan impak kemalangan.

Porsche 911 GT3 Cup2
Porsche 911 GT3 Cup1
Porsche 911 GT3 Cup10
Porsche 911 GT3 Cup6

Jika perkara ini berlaku beberapa dekad lalu, pasti kereta itu sudah remuk dan pemandu akan mengalami lebam atau cedera parah.

BACA >>> Porsche 911 GT3 - Kombinasi Prestasi Trek Kini di Jalanan, RM1.7 Juta!

VIDEO

https://youtu.be/5qAtkf2jAZc

SUMBER: Carscoops

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Litar Nurbugring, Perlumbaan, Porsche, Porsche 911 GT3 Cup, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev