• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / Lancia Delta Futurista - Modifikasi Tahap Agung yang Bukan untuk Peminat Biasa (RM1.45j)

Lancia Delta Futurista - Modifikasi Tahap Agung yang Bukan untuk Peminat Biasa (RM1.45j)

September 6, 2018 By Han Othman Leave a Comment

266
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SYARIKAT dari Itali, Automobil Amos melakukan restorasi dan modifikasi ke atas model ikonik, Lancia Delta Integrale sebagai mesin 2 pintu gentian karbon dipanggil Delta Futurista.

Delta Futurista ialah hasil cetusan ilham pelumba Itali, Eugenio Amos yang sekian lama menjadi peminat tegar hot-hatch popular itu. Enjin dinaik taraf kepada 330hp, manakala berat dikurangkan kepada 1,250kg menerusi penggunaan  material gentian karbon pada bampar, bonet, penutup enjin, hatch belakang dan spoiler.

Malah, model ini turut dilengkapkan sistem elektrik daripada Magneti Marelli, brek Brembo, kerusi depan Recaro dan pedal aluminium, roda stereng kustom dan kerusi belakang yang dibalut semula. Hasilnya ialah restorasi yang serba indah.

Lancia-Delta-Restomod-13
Lancia-Delta-Restomod-8
Lancia-Delta-Restomod-15

BACA >>> Vokalis Jamiroquai Mahu Jual Hot-Hatch Ikonik - Lancia Delta Integrale Evo II

Cuma ada 20 unit Delta Futurista dihasilkan dan setiap satu bernilai AS$350,000 (RM1.45 juta). Semestinya harga itu khas untuk peminat Lancia yang bukan biasa-biasa.

Delta Futurista mungkin sudah tidak nampak relevan lagi, tetapi cukup mengingatkan kita tentang jenama Lancia yang sebenarnya memiliki kelompok peminat tersendiri. Pengeluar autmotif Itali itu pernah menghasilkan model rali versi jalanan, tetapi semacam diabaikan Fiat Chrysler bertahun lama. Sudahnya, jenama itu cuma kekal di pasaran Itali.

GALERI

SUMBER: AutoGuide

Related

266
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: Eugenio Amos, Lancia, Lancia Delta, Lancia Delta Futurista, Lancia Delta Integrale, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev