• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mazda CX-3 (2015) - Harga RM135,143 Seunit

Mazda CX-3 (2015) - Harga RM135,143 Seunit

December 9, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Mazda_CX3_pandulajudotcom_01

SEBELUM melabuhkan tirai 2015, Bermaz Motor memperkenalkan Mazda CX-3 dengan meneruskan kesinambungan teknologi SKYACTIV.

Selain Mazda CX-3, antara model lain yang turut menerapkan teknologi SKYACTIV adalah CX-5, Mazda2, Mazda3, Mazda6 dan MX-5. Sudah pasti, pengenalan CX-3 bakal menerima sambutan hangat sama seperti model SKYACTIV yang lain.

Sehingga kini, Bermaz Motor sudah menerima lebih daripada 700 unit tempahan biarpun ia masih belum dilancarkan secara rasmi.  Untuk itu, sebanyak 2,000 unit Mazda CX-3 akan dibawa pada peringkat pertama bagi menampung permintaan itu.

HARGA:

  • Mazda CX-3 - RM135,143.19

PESAING:

  • Honda HR-V - RM118,228.50 (Varian Tertinggi)
  • Mitsubishi ASX - RM116,000
  • Peugeot 2008 - RM119,888

MazdaCX-3_11

Melihat pada perbezaan harga di antara Mazda CX-3 dan pesaingnya lain, mungkin anda akan kata mahal.

Tetapi harus tahu, Mazda CX-3 adalah model yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Kilang Mazda Ujina, Hiroshima, Jepun. Manakala model pesaing yang lain seperti Mitsubishi ASX dan Honda HR-V adalah model pemasangan tempatan (CKD).

Walau bagaimana, Bermaz Motor bercadang membina CX-3 CKD di kilang Inokom, Kulim, Kedah bergantung kepada permintaan.

Mazda_CX3_pandulajudotcom_075 WARNA PILIHAN:

  1. Merah (Soul Red Metallic)
  2. Putih (Crystal White Pearl)
  3. Hitam (Jet Black)
  4. Kelabu (Meteor Grey)
  5. Biru (Deep Crystal Blue)

Mazda_CX3_pandulajudotcom_16PRESTASI:

Buat masa ini, Mazda CX-3 hanya ditawarkan dalam satu varian saja iaitu 2.0L 2WD. Bagi varian AWD, ia tidak akan dibawa masuk memandangkan harganya yang terlalu mahal.

Aspek prestasi, CX-3 dijana unit enjin SKYACTIV-G bersesaran 2.0L. Hasil bantuan kotak gear automatik 6-kelajuan SKYACTIV-DRIVE, ia mampu menghamburkan kuasa sebanyak 154hp pada 6,000rpm dan tork 204Nm (2,800rpm).

 

Mazda_CX3_pandulajudotcom_08LUARAN:

Sama seperti model Mazda lain, rekaan CX-3 cuba mencetuskan emosi dan keseronokan pemanduan menerusi falsafah 'KODO Soul of Motion' yang menggabungkan tiga prinsip asas rekaan, iaitu kelajuan, ketegangan dan kehalusan.

Dari depan, rekaan gril latar hitam dengan kemasan jalur krom meningkatkan impak anggun dan penuh gaya.

Ia memiliki fizikal yang agresif, seksi dan elegan selain dilengkapi teknologi baru. Untuk tampak garang, ia dipadankan dengan rim aloi bersaiz 18-inci.

MazdaCX-3 Interior LeatheretteDALAMAN:

Memasuki perut kabin, ia tampak tidak banyak beza dengan model SKYACTIV yang lain. Susunan rekaan dalaman tampak ringkas dan padat dengan pelbagai ciri teknologi terkini.

Ia hadir bersama sistem audio MZD Connet dengan skrin sesentuh 7-inci yang memaparkan pelbagai info pemanduan. Pemandu turut boleh mengawal sistem audio menerusi tombol di bahagian tengah dan ia mudah untuk dikendalikan.

Antara ciri lain pada Mazda2 adalah sistem kemasukan tanpa kunci, kerusi dibaluti kulit, kamera undur, sistem penghawa dingin automatik dan i-Stop.

Mazda_CX3_pandulajudotcom_06ACTIVE DRIVING DISPLAY

Salah satu ciri menarik pada Mazda CX-3 adalah head-up display atau dikenali sebagai Active Driving Display. Terletak di atas pedal meter, ia memaparkan pelbagai maklumat penting seperti kelajuan, dan arah sistem navigasi tanpa memerlukan si pemandu mengalih pandangan daripada jalan raya.

Berminat? Apa tunggu lagi! Apa kata kunjungi bilik pameran Mazda terdekat untuk melihat dengan lebih dekat lagi kehebatan model ini.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: bermaz Motor, Mazda CX-3, Mazda CX-5, Mazda MX-5, Mazda2, mazda3, Mazda6, skyactiv

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev