• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota Corolla Touring Sports (2019), Versi Wagon dengan Ekstra Ruang, Kualiti Premium

Toyota Corolla Touring Sports (2019), Versi Wagon dengan Ekstra Ruang, Kualiti Premium

September 5, 2018 By Han Othman Leave a Comment

721
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RAMAI sudah tahu tentang hatchback Toyota Corolla Sport (2019) atau Auris dengan enjin 2.0L baharu. Terbaharu, sebulan sebelum debut umum sempena Pameran Motos Paris 2018, muncul pula versi wagon dengan nama Corolla Touring Sports.

Corolla Touring Sports (2019) dibangunkan di Eropah berasaskan platform GA-C baharu Arkitektur Global Baharu Toyota (TNGA) dengan jarak roda 2,700mm yang menawarkan ruang kaki penumpang belakang lebih luas.

BACA >>> Toyota Corolla Hatchback (2019) dengan Enjin 2.0L Baharu

Seperti dijangka, Corolla Touring Sports (2019) menampilkan rupa depan yang sama seperti versi hatchback dengan konsep rekabentuk dinamakan ‘Under Priority Catamaran’ (bot layar). Garis bumbung landai dan cermin belakang tirus menyerlahkan bentuk kereta yang seakan jentera shooting brake. 

Menguatkan lagi penampilan sporty wagon ini ialah rekabentuk gerbang roda berotot yang memberikan imej lebar dan pusat graviti (CoG) rendah.

KEMASAN BERKUALITI, POSISI MEMANDU LOWERED


Selain ruang dalaman yang luas dan moden, Corolla Touring Sports (2019) turut menawarkan tekstur, warna dan kombinasi trim baharu dengan kualiti kemasan terbaik. Menurut Toyota, platform GA-C baharu kali ini membolehkan model wagon itu dipasangkan kerusi depan rendah, sekali gus memberikan posisi pemanduan yang lebih mesra pemandu. Ruang kargo menawarkan kapasiti 598 liter, cukup luas untuk mengisi bermacam-macam barangan peribadi dan keluarga.

Sistem suspensi Corolla Touring Sports (2019) mendapat khidmat strut Macpherson (depan) dan multilink baharu (belakang) berserta damper Suspensi Variabel Adaptif (AVS) yang kali pertama dipasangkan pada model Corolla. Ciri baharu lain ialaj kluster lampu belakang LED, paparan dongak (HUD), pengecas telefon wayarles, dan meter pemandu 3D (pertama di dunia).

Ada tiga varian, dan cuma satu jenis enjin konvensional ditawarkan seperti berikut:

  • 1.2L pengecas turbo petrol (116hp)
  • 1.8L Hibrid (122hp)
  • 2.0L Hibrid (180hp)

Related

721
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Arkitektur Global Baharu Toyota (TNGA), Platform GA-C, Platform TNGA, Roda4, station wagon, TNGA, Toyota, Toyota Corolla, Toyota Corolla Touring Sports (2019), Wagon

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev