• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perodua Alza (2018) Facelift Kini Berwajah Baharu - Harga Bermula RM51k Hingga RM62k

Perodua Alza (2018) Facelift Kini Berwajah Baharu - Harga Bermula RM51k Hingga RM62k

September 5, 2018 By Abang GYL 5 Comments

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DESAS-desus mengenai Perodua Alza (2018) facelift yang tular di media sosial baru-baru ini akhirnya terjawab apabila pengeluar nasional itu secara rasmi memperkenalkan model tersebut ke pasaran tempatan dengan penampilan rupa baharu yang lebih segar.

Hadir dalam tiga varian, kenderaan pelbagai guna (MPV) 7 penumpang itu dijual pada harga bermula RM51,490 hingga RM62,690.

HARGA

  • Perodua Alza Standard (MT) - RM51,490
  • Perodua Alza Standard (AT) - RM54,290
  • Perodua Alza SE (AT) - RM56,890
  • Perodua Alza Advance (AT) - RM62,690

WARANTI

  • Perodua Alza (2018) facelift diberikan waranti 5 tahun atau 150,000km (mana satu tiba dahulu).

5 PILIHAN WARNA

Ada 5 pilihan warna ditawarkan dengan satu warna eksklusif baharu.

  • Granite Grey (warna baharu, eksklusif untuk varian SE dan Advance sahaja)
  • Ivory White (putih)
  • Glittering Silver (perak)
  • Mystical Purple (ungu)
  • Electric Blue (biru)

BACA >>> #PanduUji: Perodua Myvi (2018) Baharu Sedap Dipandu, Tapi...

APA YANG BAHARU?

  • Rekabentuk gril dan bampar depan baharu.
  • Lampu kabus lebih sporty.
  • Rekaan kerusi baharu.
  • Sensor depan dan belakang (standard semua varian).
  • Rim aloi 15 inci dengan kemasan perak untuk varian standard, dan titanium untuk SE dan Advance.
  • Grafik panel instrumen dan kluster tengah direka semula.
  • Panel meter baharu.
  • Aliran penyaman udara untuk barisan tempat duduk ketiga ditambah baik menerusi ciri baharu, termasuk sirip tetap yang terletak antara ventilator tengah (lihat gambar atas kiri).
  • Kunci kawalan jauh 2-gerakan (tekan sekali untuk buka pintu pemandu, tekan dua kali untuk buka semua pintu)
  • Aksesori Gear Up diberikan sebagai opsyen.

ENJIN KEKAL SAMA

Aspek mekanikal, Perodua Alza (2018) facelift masih lagi dikuasakan enjin 1.5L 3SZ-VE DVVT yang disambungkan transmisi manual 5-kelajuan untuk Standard MT, dan automatik 4-kelajuan bagi varian lain lain.

Ciri keselamatan, Perodua Alza (2018) facelift dilengkapi dua beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA) dan pautan ISOFIX untuk kerusi kanak-kanak di barisan tengah, termasuk mendapat rating 4 bintang Asean NCAP.

Apakah pandangan anda mengenai Perodua Alza facelift (2018)?

BACA >>> 10 Soalan Paling Banyak Ditanya Tentang Perodua Myvi (2018) Baharu

GALERI
Perodua Alza Facelift (2018) Malaysia_PanduLaju_Alza SE_2018_3-4 Front Left
Perodua Alza Facelift (2018) Malaysia_PanduLaju_Alza SE_2018_3-4 Back Right
Perodua Alza Facelift (2018) Malaysia_PanduLaju_Alza_GearUp_3-4 Front Right
Perodua Alza Facelift (2018) Malaysia
Perodua Alza Facelift (2018) Malaysia_PanduLaju_Alza AV_2018_100% Side
Perodua Alza Facelift (2018) Malaysia_PanduLaju_Alza AV_2018_100% Front
Perodua Alza Facelift (2018) Malaysia_PanduLaju_Alza AV_2018_100% Back
Perodua Alza Facelift (2018) Malaysia_PanduLaju_Alza AV_2018_Monotone Interior
Perodua Alza Facelift (2018) Malaysia_PanduLaju_Alza AV_2018_New Meter Design
Perodua Alza Facelift (2018) Malaysia_PanduLaju_Alza AV_2018_New Multimedia Design
Perodua Alza Facelift (2018) Malaysia_PanduLaju_Alza AV_2018_Front Corner Sensors Switch
Perodua Alza Facelift (2018) Malaysia_PanduLaju_Alza SE_2018_Front Seat Fabric Design
Perodua Alza Facelift (2018) Malaysia_PanduLaju_Alza AV_2018_ISOFIX System
Perodua Alza Facelift (2018) Malaysia_PanduLaju_Alza AV_2018_3rd Row Seat Split 5050
Perodua Alza Facelift (2018) Malaysia_PanduLaju_Screen Shot 2018-09-05 at 11.43.58 AM
Perodua Alza Facelift (2018) Malaysia_PanduLaju_Screen Shot 2018-09-05 at 11.43.50 AM
Perodua Alza Facelift (2018) Malaysia_PanduLaju_Screen Shot 2018-09-05 at 11.43.37 AM
Perodua Alza Facelift (2018) Malaysia_PanduLaju_Screen Shot 2018-09-05 at 11.43.24 AM
Perodua Alza Facelift (2018) Malaysia_PanduLaju_Screen Shot 2018-09-05 at 11.43.14 AM

Related

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2018 perodua alza, alza baru, Harga Perodua Alza baru, Harga Perodua Alza Facelift (2018), kereta alza 2018, kereta alza baru, Perodua Alza baru, perodua alza baru 2018, perodua alza baru malaysia, Perodua Alza Facelift (2018)

Comments

  1. Zai says

    October 7, 2018 at 11:51 AM

    Apa fungsi lampu merah bulat kecil di di gambar dasbbot belah kanan..

    Reply
  2. Mohd nazri says

    November 7, 2018 at 8:41 AM

    Mantop

    Reply
  3. Syafiq says

    November 21, 2018 at 5:07 AM

    Bang, apa beza SE dan Adv?

    Reply
    • ABG GYL says

      November 21, 2018 at 1:49 PM

      Aksesori sahaja.

      Reply
  4. Haslin bt Abd Jalal says

    July 24, 2019 at 12:51 PM

    Kalau kita nak bli cash kreta alza tu ada discount ke

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
    Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
  • Polis Tahan Dua Warga Asing Panjat Bumbung Kereta Bergerak di LDP
    Polis Tahan Dua Warga Asing Panjat Bumbung Kereta Bergerak di LDP
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev