• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Moto Guzzi V9 Bobber Sport (2019) - Varian Baharu Lebih Sporty Muncul Minggu Ini

Moto Guzzi V9 Bobber Sport (2019) - Varian Baharu Lebih Sporty Muncul Minggu Ini

September 3, 2018 By Aryon Leave a Comment

6
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


V9 BOBBER akan memperkenalkan varian baharu lebih sporty pada 7-9 September ini dalam acara rumah terbuka Moto Guzzi di Mandello del Lario, Itali. Bagaimanapun, Moto Guzzi cuma menyiarkan satu foto tunggal sebagai tatapan peminat jenama itu.

Berdasarkan foto, kita sedia tahun Moto Guzzi V9 Bobber Sport dibekalkan absorber belakang kembar Öhlins. Di depan, fork teleskopik nampaknya tidak berubah, cuma diberikan tambahan kelongsong fork atau gaiter. Di atas lampu utama solo bentuk bulat dapat dilihat skrin hitam kecil yang ada ditawarkan dalam katalog aksesori Moto Guzzi.


Tangki minyak dan fender depan diberikan warna merah gangsa, manakala panel sisi dengan logo V9 Bobber Sport juga berwarna sama dengan sedikit kemasan hitam. Pelana nampak agak rata berbanding V9 Bobber biasa (foto atas), manakala pad pembonceng seperti tidak disertakan.

Trenkuasa V9 Bobber Sport dijangka mengekalkan nadi sama seperti V9 Bobber biasa, iaitu enjin 90º 853cc V-Twin. Dalam foto, apa yang kelihatan cuma paip header dan tidak dapat diagak apakah pembaharuan yang mahu dilakukan Moto Guzzi.

Selain model bobber itu, Moto Guzzi pada acara minggu depan juga akan menayangkan prototaip V85 Adventure daripada Pameran Motosikal Milain (EICMA) 2017 dengan versi pengeluaran dijangka diperkenalkan pada pameran tahun ini.

Related

6
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: bobber, Itali, Mandello del Lario, Moto Guzzi, Moto Guzzi V9 Bobber, Moto Guzzi V9 Bobber Sport, roda2, teaser

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev