• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Siap Sedia Pertahan Gelaran WSBK 2019, Kawasaki Tala Ninja ZX-10R untuk Lebih Kuasa

Siap Sedia Pertahan Gelaran WSBK 2019, Kawasaki Tala Ninja ZX-10R untuk Lebih Kuasa

September 3, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

260
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAWASAKI nampaknya masih tidak puas hati dengan prestasi Kawasaki Ninja ZX-10R sedia ada. Jadi untuk edisi 2019, superbike milik Kawasaki itu bakal menerima tambahan kuasa dalam usaha mempertahankan gelaran Kejuaraan Dunia Superbike (WSBK). Jentera itu khabarnya akan dibekalkan tren injap bagi membolehkan ia dipulas keras lebih lama.

Perubahan tersebut mungkin sesuai untuk pelumba trek atau pelumba serius, tetapi janganlah mengharapkan kemas kini baharu itu ditawarkan untuk model jalanan. Antara penambahbaikan utama model 2019 ialah penggunaan aktuasi injap finger-follower bagi menggantikan injap jenis tapet.

Komponen itu kali pertama digunakan pada superbike BMW S1000RR (2010) dan Suzuki GSX-R1000 baharu kerana lebih ringan yang menyumbang kepada pengurangan jisim sistem sebanyak 20 peratus. Ini membolehkan jentera  meligat lebih cepat dan mampu mengekalkan rpm tinggi.

BACA>>>Transmisi Rosak, Kawasaki Malaysia Panggil Balik ZX-10 (2016-17)

LEBIH TAMBAHAN KUASA

ZX-10RR-Acc
zx-10r-engine
zx-10r-finger

Rekaan itu juga membolehkan penggunaan aci (cam) lebih agresif yang menyumbang kepada tambahan kuasa 3hp. Tren injap itu ditawarkan untuk ketiga-tiga model, tetapi ZX-10RR Limited Edition menerima con rod baharu untuk membantu prestasi rev (rpm) tinggi.

Rod titanium Pankl pula menjimatkan berat 400g berbanding motosikal standard, termasuk mengurangkan momentum inersia aci sesondol hingga 5 peratus dan meningkatkan had rev 600rpm lebih tinggi.

Sementara itu, varian paling atas, SE masih mengekalkan suspensi semi-aktif, enjin dikemas kini daripada model asas, dan cat anti-calar. Ini termasuk ciri Quick Shifter dua hala (bi-directional) yang sebelum ini cuma ditawarkan pada RR dan SE, tetapi kini dibekalkan kepada tiga jentera itu, manakala varian ‘Performance’ ada untuk ketiga-tiga versi.

Tiada tanda harga didedahkan setakat ini.

BACA >>> Bagaimanakah Cat Boleh Hilangkan Calar Seperti Kawasaki Ninja H2 (2019)?


1. KAWASAKI NINJA ZX-10R


Model aras mula ini didatangkan dengan enjin dikemas kini berkuasa 200hp, terima kasih kepada pengurangan inersia dan cam high-lift agresif. Ia juga didatangkan dengan Quick Shifter bi-directional KQS dan kemasan cat baharu Lime Green (hijau), Ebony (hitam) dan Metallic Graphite Grey (kelabu).

2. KAWASAKI NINJA ZX-10RR


Model trek pelana tunggal ini hanya dikeluarkan 500 unit. Ia  dipasang dengan rod titanium, suspensi talaan trek, had rev 600rpm lebih tinggi dan kuasa tambahan 1hp berbanding R, berserta rim Marchesini ringan. Varian ini hanya ditawarkan dalam warna Lime Green.

3. KAWASAKI NINJA ZX-10R SE


Berasaskan model R, varian SE didatangkan dengan teknologi Suspensi Kawalan Elektronik Kawasaki (KECS) dan rim Marchesini berserta kemasan cat anti-calar dengan pilihan warna Metallic Carbon Grey, Neutron Silver dan Lime Green.

SUMBER: MCN

Related

260
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Kawasaki, Kawasaki Motors Malaysia (KMM), Kawasaki Ninja ZX-10R, kawasaki zx-10r, kawasaki zx-10r se, kawasaki zx-10rr, Kejuaraan Dunia Superbika (WSBK), Roda4, SBK, sukan permotoran, WSBK

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev