• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda Sonic 150R (2018) Tampil Grafik Baharu yang Lebih Segar dan Agresif

Honda Sonic 150R (2018) Tampil Grafik Baharu yang Lebih Segar dan Agresif

September 1, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

517
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA SONIC 150R diperkenalkan pada 2015 di Indonesia. Terbaharu, kapcai gaya ayago itu menampilkan perubahan corak grafik yang lebih agresif dan menarik supaya kekal relevan di pasaran. Penampilan terbaharu kapcai kategori light sport keluaran PT Astra Honda Motor (AHM) itu dilihat sesuai dengan karakter generasi muda masa kini yang suka bergaya.

BACA >>> Honda BeAT eSP, Street eSP Indonesia Perkenal Rekaan Grafik Baharu

Sonic 150R hadir dengan corak warna baharu:Aggresso Matte Black(hitam matte),Energetic Red (merah) dan Activo Black(hitam) dengan dipadankan grafik badan lebih tajam dan bergaya. Sementara itu, warna Honda Racing Red (merah) yang diilhamkan daripada pasukan Astra Honda Racing (AHR) masih kekal dengan corak lama.

EKSPRESI GAYA ANAK MUDA

Ekspresi gaya khas anak muda Honda Sonic 150R diserlahkan lagi menerusi ciri penutup sisi @ shroud boleh buka-pasang (plug and play). Kini pemilik ada pilihan menggunakan bahagian itu atau tanggalkan terus mengikut keperluan masing-masing.

Sonic 150R dijana enjin 150cc DOHC berkuasa 15hp dan tork 13.5Nm. Gabungan kotak gear manual 6-kelajuan menjanjikan pecutan terbaik dalam kelas.

Pelbagai ciri menarik ditawarkan Sonic 150R seperti lampu depan LED, panel meter digital dengan maklumat lengkap, rim aluminium sporty, suspensi teleskopik depan dan swingarm belakang yang memberikan keselesaan dan kestabilan tunggangan.

BACA >>> Honda RS150R (2018) Kini Lebih Garang & Sporty - Yamaha Y15ZR Diminta Bertenang!

Sonic 150R dalam warna Aggresso Matte Black dan Honda Racing Red dijual pada harga Rp22,650,000 (RM6,317), manakala tanda harga Energetic Red dan Activo Black ialah Rp 22,250,000 (RM6,205).

Related

517
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Boon Siew Honda, Honda, Honda Sonic 150R, Kapcai, PT Astra Honda Motor (AHM), roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my