• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Hyundai Patenkan Visor Matahari dengan Indikator Lampu Isyarat

Hyundai Patenkan Visor Matahari dengan Indikator Lampu Isyarat

August 30, 2018 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


HYUNDAI memfailkan permohonan paten untuk visor matahari dengan lampu isyarat kecil terbina dalam.

Visor matahari itu terdiri daripada kamera hadap depan dan lampu trafik mini di belakang, terletak di kanan cermin solek (rujuk gambar). Kamera akan berfungsi merekodkan status lampu isyarat semasa, dan komputer akan memproseskan data kamera sebelum memaparkan indikator lampu isyaratyang sedang menyala di belakang visor.

Ideanya ialah memudahkan pemandu melihat lampu isyarat merah, kuning atau hijau di depan walaupun visor matahari diturunkan dan menghalang pandangan. Sistem itu juga menggunakan GPS data peta untuk mengesan lampu isyarat dan memastikan kenderaan berada di persimpangan yang ada lampu isyarat.

BACA >>> Rating EPA: Hyundai Kona EV (2019) Mampu Dipandu Sejauh 415km

Berdasarkan kenyataan paten, apabila visor matahari digunakan, kedudukannya terlalu dekat dengan mata dan mengganggu kejelasan pandangan pemandu. Ini membuatkan pemandu perlu menundukkan badan atau bergerak ke posisi lain untuk melihat lampu isyarat di persimpangan.

Jadi, teknologi ini akan membolehkan pemandu mengesahkan nyalaan lampu isyarat di depan tanpa perlu berbuat apa-apa pergerakan walaupun visor matahari digunakan.

Sistem seperti itu mungkin nampak kecil saja, tetapi ciri tambahan itu sedikit sebanyak membantu pemandu melihat lampu isyarat ketika visor diturunkan. Malah cukup berguna dalam situasi lampu isyarat terlindung dari pandangan pemandu yang mungkin disebabkan terhalang objek jalan raya atau terletak jauh.

BACA >>> Hyundai i30 N Line - Untuk yang Mahukan Rupa Hot-Hatch, Tetapi Kuasa Biasa-Biasa

Sistem ini juga pasti membantu pengguna jalan raya yang kerap memandu, terutama warga kota seperti golongan pemandu teksi dan GrabCar. Ia juga nampak tidak terlalu rumit dan tidak mahal selain realistik untuk dijadikan ciri standard buat kenderaan Hyundai dan Kia.

SUMBER: AutoGuide

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, autotainment, hyundai, Kia, paten, Sun Visor, teknologi, Visor Matahari, Visor Matahari Lampu Isyarat

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev