• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pengeluaran Vespa Elettrica September Depan, Bakal ke Asia Awal 2019

Pengeluaran Vespa Elettrica September Depan, Bakal ke Asia Awal 2019

August 28, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

42
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEPTEMBER ini akan jadi bulan bersejarah bagi jenama Vespa kerana Piaggio Group akan memulakan pengeluaran skuter Vespa Elettrica. Menurut siaran akhbar Piaggio Group , skuter elektrik itu akan dikeluarkan di kilang Pontedera, dekat Pisa, iaitu kilang sama yang mengeluarkan Vespa pertama pada 1946.

Vespa Elettrica akan mula dipasarkan akhir Oktober ini dan dijual sepenuhnya bermula November depan, serentak  berlangsungnya Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2018. Bagaimanapun, sebagai pemulaan, tempahan skuter itu sudah dibuka atas talian menerusi laman web rasmi Vespa bermula Oktober ini.

Harga masih belum diumumkan tetapi Piaggio memberitahu posisi skuter berkenaan diletakkan seiring dengan barisan produk skuter teratas.  Jualan akan bermula di Eropah kemudian dilanjutkan ke pasaran Amerika Syarikat dan Asia seawal 2019.

BACA>>>#BikinMotor: Vespa PX 150 & Pseudo-Scrambler;, Skuter Kustom Ekstrem dari Rusia

Vespa Elettrica  menggunakan rekaan klasik Itali yang pasti menarik perhatian pencinta Vespa. Motor elektrik tersebut menawarkan kuasa puncak 4kW dengan jarak perbatuan sejauh 97km. Vespa memberitahu prestasi penghantaran kuasa Elettrica sama seperti skuter 50cc dan dipadankan dengan dua mod tunggangan Eco dan Power.

Bateri litium boleh dicas sehingga empat jam dengan anggaran kitaran hidup 1,000 kali cas bersamaan tunggangan sejauh 50,000 hingga 70,000km dalam dunia sebenar. Jentera itu dilengkapi dengan papan pemuka TFT dan sambungan bluetooth.

GALERI
Vespa Elettrica1
Vespa Elettrica2
Vespa Elettrica3
Vespa Elettrica4
Vespa Elettrica9
Vespa Elettrica8
2018-Vespa-Elettrica9
Vespa Elettrica7
Vespa Elettrica6
Vespa Elettrica5
vespa-elettrica-iii
vespa-elettrica-i
vespa-elettrica-ii
vespa-elettrica-iv
vespa-logo

SUMBER: AsphaltandRubber

Related

42
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: EICMA 2018, EV, NAZA Premira Sdn Bhd, Piaggio, Piaggio Group, roda2, skuter, skuter elektrik, Skuter EV, Vespa, Vespa Elettrica

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev