• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mercedes-Benz Asbenz Stern Kuantan Autohaus Luaskan Rangkaian 3S di Pantai Timur

Mercedes-Benz Asbenz Stern Kuantan Autohaus Luaskan Rangkaian 3S di Pantai Timur

August 28, 2018 By Admin PanduLaju 2 Comments

78
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MERCEDES-BENZ MALAYSIA (MBM) bersama Asbenz Stern Sdn Bhd (Asbenz Stern) melancarkan Mercedes-Benz Asbenz Stern Kuantan Autohaus di Kuantan, Pahang sebagai langkah membina semula jenama itu selain meluaskan rangkaian jenama premium tersebut di seluruh negara.

Mercedes-Benz Asbenz Stern Kuantan Autohaus ialah Pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) yang dilengkapi 10 ruang servis dengan keupayaan menyenggara 250 kenderaan sebulan, manakala ruang pameran pula mampu memuatkan hingga 7 kenderaan pada satu-satu masa.

Bagi layanan khidmat pelanggan komprehensif, lapan kakitangan jualan dan 12 pelanggan perkhidmatan berkelayakan dan terlatih sedia melayani anda.

Mercedes-Benz Autohaus Kuantan2
Mercedes-Benz Autohaus Kuantan4
Mercedes-Benz Autohaus Kuantan5

Pusat 3S itu, yang berkeluasan 3,860 kaki persegi, menggunakan konsep terkini Sistem Pembentangan Mercedes-Benz II (MPS II) Autohaus dan Korporat Identiti Mercedes-Benz (CI). Ia dilengkapi ciri interaktif i-Showroom yang membolehkan pelanggan meneroka dan mempelajari produk terbaharu Mercedes-Benz selain melihat promo disediakan hanya di hujung jari.

BACA >>> Hap Seng Kuching Autohaus Pusat Sehenti Mercedes-Benz Pertama Di Sarawak

Asbenz Motors Sdn Bhd sudah bekerjasama dengan Mercedes Benz sejak Mei 2004 menerusi pembukaan pusat jualan dan perkhidmatan pelanggan Mercedes-Benz Autohaus di Sungai Petani, Kedah. Setakat ini, kira-kira RM5 juta dilaburkan MBM dan Asbenz Stern dalam pembangunan Autohaus dan Pusat Perkhidmatan Kuantan.

Mercedes-Benz Autohaus Kuantan8
MERCEDES BENZ AUTOHAUS KUANTAN
Mercedes-Benz Autohaus Kuantan6

Pelancaran Mercedes-Benz Asbenz Stern Kuantan Autohaus terus memluaskan kehadiran jenama Jerman itu di sepanjang Pantai Timur merangkumi Kelantan, Terengganu dan Pahang. Secara keseluruhan, Mercedes-Benz Malaysia mengekalkan liputan rangkaian premium terbesar di Malaysia dengan 34 Autohaus seluruh negara.

Related

78
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, bilik pameran, Mercedes-Benz Asbenz Stern Kuantan Autohaus, Mercedes-Benz Malaysia (MBM), Pusat 3S, Pusat 3S Mercedes-Benz, pusat servis

Comments

  1. Muhammad rafie adam bin zafar says

    July 3, 2019 at 3:15 PM

    Hello and good evening. I'm Muhammad Rafie Adam bin Zafar. Graduate Diploma On Kolej Vokasional Temerloh. Can i do a practical or industrial training on your service center ? I hope my conment will be accpect. Thank you

    Reply
    • ABG GYL says

      July 3, 2019 at 6:08 PM

      Hi Rafie, anda perlu hubungi terys Mercedes-Benz Kuantan. Kami hanya laman web menyampaikan berita sahaja.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev