• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / GP British Batal: Pelumba Beri Komen, Masing-Masing Nak Berlumba Tetapi Apakan Daya

GP British Batal: Pelumba Beri Komen, Masing-Masing Nak Berlumba Tetapi Apakan Daya

August 28, 2018 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


SAINGAN MotoGP British dalam Kejuaraan MotoGP 2018 hujung minggu lalu dibatalkan akibat hujan lebat yang menyebabkan trek digenangi air. Keputusan tersebut diputuskan pihak Litar Silverstone menerusi Pengarah Urusan, Stuart Pringle selepas mengambil kira aspek keselamatan pelumba.

Berikut kenyataan rasmi yang dipetik daripada beberapa pelumba, termasuk pelumba negara, Hafizh Syahrin berhubung pembatalan perlumbaan tersebut.

BACA >>> Inilah 11 Sebab Kenapa Anda Mesti Layan MotoGP 2018

Hafizh Syahrin:

“Suruhanjaya Keselamatan buat keputusan batalkan perlumbaan kerana ada banyak air atas trek. Aku tak boleh cakap banyak. Kami nak berlumba, tapi tak ada apa yang dapat kami buat. Trek baru ni sangat mengecewakan, jadi aku harap dia orang dapat selesaikan situasi ni. Aku betul-betul nak berlumba dan belajar pasal motor GP dalam kondisi macam ni, tetapi ia sudah diputuskan dan kami kena terima.

"Jadi, tunggu tahun depan, Silverstone! Sekarang kami perlu lihat ke depan untuk perlumbaan seterusnya, cuba untuk improve dan belajar."

Johann Zarco:

“Perlumbaan dibatalkan selepas kami menunggu lama sepanjang hari sambil mengharapkan hujan berhenti dan kurang air atas trek. Kami biasanya dapat berlumba dalam hujan walaupun hujan sepanjang hari, hujan taklah lebat sangat. Tapi trek baru ni berbeza, depa (pihak Silverstone) buat silap dan ia sangat licin dengan bump (permukaan tidak rata) dan aquaplanning (trek digenangi air). Kemalangan Sabtu sangat pelik dan aku dapat rasa hampir setiap pelumba sudah bersedia dengan had layan corner.

"Kami buat keputusan tak dapat berlumba kerana terlalu banyak air. Sangat mengecewakan kerana kami semua sudah pun sedia. Tapi akhirnya, lebih selamat ambil keputusan macam ni."

Marc Marquez:

“Hari yang sangat lama, tak macam biasa, dan letih yang kami harapkan takkan berlaku lagi. Suruhanjaya Keselamatan sudah analisis situasi dan aku fikir patut berterima kasih kepada pihak Race Direction, depa faham dan akhir sekali keselamatan setiap orang sentiada jadi pertimbangan utama. Salah seorang pelumba (Tito Rabat) sudah masuk hospital.

"Sepanjang hari aku tengok skrin dan nampak semua peminat di grandstand sabar menanti. Sepatutnya bagus kalau berikan mereka ganjaran, tetapi kadang-kadang kita mesti tetap tenang dan fikir."

Andrea Dovizioso:

"Sangat mengecewakan tidak dapat berlumba kerana kami sangat kompetitif, terutama dalam hujan. Hujung minggu yang baik bagi kami bertukar kepada situasi tidak dapat diterima dan kini ia perlu difahami tentang apa yang berlaku.

Kita bercakap tentang perkara itu kepada Suruhanjaya Keselamatan untuk perlumbaan seterusnya, kerana menurap trek dan mencari permukaan tidak rata berbanding sebelum ini, termasuk masalah saliran, ia tidak bagus untuk kejuaraan peringkat ini.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2018 MotoGP, Andrea Dovizioso, Auto Terkini, GP British 2018, Hafizh Syahrin, Johann Zarco, Litar Silverstone, Marc Marquez, MotoGP, MotoGP 2018

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev