JULAI lalu kami ada uar-uarkan tentang Pertandingan Servis Lepas Jualan 2018 bagi menguji kemahiran, kepantasan dan ketepatan staf selepas jualan Proton. Pusingan pra kelayakan sudah berlangsung di lima wilayah dan tiga peserta teratas bagi peringkat wilayah akan dipilih untuk ke pusingan akhir di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Shah Alam pada hujung September depan.
Sepanjang pertandingan, juruteknik Proton bersaing sesama sendiri di peringkat daerah. Peserta akan diberi tugas membaik pulih enjin dengan diminta membuka dan memasang semula enjin Proton VVT dalam masa tiga jam. Pemenang akan dinilai berdasarkan kelajuan, ketepatan dan kecekapan menyelesaikan masalah sepanjang proses tersebut.
BACA >>> Pertandingan Servis Selepas Jualan: Proton Anjur Cabaran Uji Kepakaran Staf Sendiri
Enam peserta terbaik akan memenangi hadiah wang tunai dan lawatan ke Ibu Pejabat dan Pusat Penyelidikan Geely di Shanghai, China. Pertandingan itu ialah salah satu langkah Proton meningkatkan mutu servis selepas jualan dan kepuasan pelanggan serta menguji kecekapan mekanik Proton.
zulkifli bin abdul sarif says
kereta proton x70 ckd premium telah melepasi mileage 1000km semasa PKP dan aekarang telah mencecah 2500km. Booking utk sudah dua kali di buat, tetapi dibatal disaat akhir kerana pusat service tidak boleh service kerana PKP. Soalan saya ada kah kereta ini masih memenuhi syarat warranty. Soalan kedua ada kah kereta yang saya pakai ini boleh bertahan sepanjang PKP ini. kerana saya hari -hari guna kereta ini untuk ulang alik dari kerja sebagai front liner.
Abang GYL says
Sepatutnya Proton beri kelonggaran. Mohon rujuk pada pusat servis. Sepatutnya tiada masalah