• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Ford Rai Ulang Tahun Kejayaan Le Mans 1968 dengan GT Heritage Edition Nombor 9

Ford Rai Ulang Tahun Kejayaan Le Mans 1968 dengan GT Heritage Edition Nombor 9

August 26, 2018 By Han Othman Leave a Comment

46
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MENGIMBAS semula 50 tahun lalu, Ford sudah meraih dua kali kejuaraan berturut-turut dalam perlumbaan 24 Hours of Le Mans pada 1966 dan 1967, dan mula mengintai peluang kemenangan kali ketiga yang mana sesiapa pun tidak dapat menafikan potensi dimiliki jentera buatan pengeluar Amerika Syarikat itu.

Kejayaan akhirnya menjadi milik pasukan John Wyer Automotive Engineering menerusi jentera Ford GT40 Mk I bernombor 9 yang dipandu Pedro Rodriguez dan Lucien Bianchi. Lebih manis, tahun berikutnya (1969), kereta sama dengan casis 1075 kembali semula ke trek dan sekali lagi memenangi Le Mans, sekali gus menjadi antara sedikit jentera yang mampu meraih kejuaraan itu secara berturutan.

BACA >>> Ford GT '67 Heritage Edition Imbau Detik Gemilang 24 Hours of Le Mans 1967

Kini Ford mahu menghargai semula detik kegemilangan jentera legenda itu menerusi pelancaran Ford GT Heritage Edition yang tampil dengan skema grafik atau livery warna biru muda dan jingga bersama nombor 9 di atas bonet dan aksen karbon.

1968-ford-gt4-le-mans-1
1968-ford-gt4-le-mans-3
1968-ford-gt4-le-mans-2

Presiden Operasi Global Ford, Joe Hinrichs berkata, ramai berpendapat skema warna syarikat minyak AS, Gulf Oil ialah antara livery paling popular dalam sukan permotoran.

"GT40 (1968) pantas menjadi sensasi antarabangsa selepas menewaskan pesaing Eropah atas trek, empat kali berturut-turut, dan sebagai penghormatan ulang tahun ke-50 kemenangan itu, kami memberikan penghargaan kepada jentera asal itu dengan model Heritage baharu edisi terhad," katanya.

Secara spesifik, Heritage Edition menyerlahkan kemasan karbon pada pilar A dan rim aluminium tempa one-piece dalam kemasa hitam berkilat dengan nat hitam. Di sebalik celahan jejari rim, kelihat kaliper brek Brembo warna jingga.

Rupa kabin menampilkan kemasan Alcantara hitam pada kerusi, panel instrumen, pilar, siling bumbung dan roda stereng. Sulaman benang biru dikontraskan untuk menghidupkan ambien dalaman kabin, dan tidak lupa pedal syif aluminium anod.

BACA >>> Ford GT Jadi Model Pertama Dilengkapi Cermin Hibrid Gorilla

Tahun depan, Heritage Edition akan menggunakan livery sama, tetapi dengan nombor 6 yang merujuk kepada jentera casisi 1075 yang memenangi 24 Hours of Le Mans (1969).

2019-ford-gt-heritage-edition-3
2019-ford-gt-heritage-edition-9
2019-ford-gt-heritage-edition-4
2019 Ford GT Heritage Edition
2019-ford-gt-heritage-edition-10
2019-ford-gt-heritage-edition-11
2019-ford-gt-heritage-edition-8
2019-ford-gt-heritage-edition-2
2019-ford-gt-heritage-edition-12
2019-ford-gt-heritage-edition-13
2019-ford-gt-heritage-edition-7
2019-ford-gt-heritage-edition-1
2019-ford-gt-heritage-edition-6

SUMBER: AutoGuide

Related

46
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: 24 Hours of Le Mans, Ford, Ford GT, Ford GT Heritage Edition, Ford GT40, John Wyer Automotive Engineering, Le Mans, Lucien Bianchi, Pedro Rodriguez, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev