• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Rating EPA: Hyundai Kona EV (2019) Mampu Dipandu Sejauh 415km

Rating EPA: Hyundai Kona EV (2019) Mampu Dipandu Sejauh 415km

August 24, 2018 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


HYUNDAI Kona Elektrik (2019) mampu dipandu sejauh 415km dengan sekali cas, menurut Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) di Amerika Syarikat (AS).

Crossover kompak elektrik penuh atau EV itu mendapat rating 132mpge (56.1kple) - bandar, 108mpge (45.9kple) - lebuh raya dan 120mpge (51kple) - bandar+lebuh raya. Menurut Hyundai, Kona EV berupaya bergerak sejauh 415km untuk sekali cas penuh, sedikit kurang berbanding 498km menurut rating kitaran ujian Eropah.

Angka di atas ialah untuk Kona EV versi jarak jauh 64kWh yang dimuatkan motor berkuasa, 201hp dan tork 394Nm dengan pecutan 0-100kmj sepantas 7.6 saat serta kelajuan maksimum 167kmj.

BACA >>> Hyundai Kona EV - Cas Penuh Mampu Jelajah 300-500km

Kona EV versi jarak dekat pula dibekalkan pek bateri 39.2kWh berkuasa 133hp, tetapi belum lagi berada di pasaran. Hyundai menjangka versi kurang berkuasa itu berupaya dipandu sejauh 292km, dengan rating EPA sekitar 241km.

Harga spesifikasi AS juga belum didedahkan. Di Eropah, crossover tersebut dijual pada harga bermula €39,000 (RM185,488) untuk versi jarak jauh. Kona EV bakal menjadi barisan model EV baharu Hyundai untuk pasaran AS selain Ioniq EV.


  • mpg - miles per gallon (batu per gelen)
  • kpl - kilometres per litre (km per liter)
  • mpge - miles per gallon equivalent - digunakan EPA untuk tenaga alternatif seperti hibrid, EV
  • kple - kilometres per litre equivalent
GALERI

SUMBER: AutoGuide

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA), Amerika Syarikat (AS), AS, EPA, EV, hyundai, Hyundai Kona, Hyundai Kona EV, Kenderaan Elektrik (EV), Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev