• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Foto Benelli 502S Didedahkan, Bakal Debut November Ini Sempena EICMA 2018

Foto Benelli 502S Didedahkan, Bakal Debut November Ini Sempena EICMA 2018

August 21, 2018 By Aryon Leave a Comment

589
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BENELLI mengejutkan ramai pengunjung pada Pameran Motosikal Milan (EICMA) tahun lalu apabila mendedahkan banyak model baharu, termasuk 402S yang tampil seakan Ducati Diavel versi miniatur dengan enjin silinder kembar 399cc berkuasa 38.9hp @ 9,000rpm.

Namun, enjin itu juga ada dalam versi 500cc yang berkongsi gerek sama, 69mm, tetapi lejang lebih panjang 66.8mm, berbanding versi 399cc (53.4mm).

BACA >>> Benelli 402S - 'Ducati Diavel' Versi Mampu Milik

Terbaharu, muncul foto di atas ini yang didaftarkan syarikat induk Benelli di China bersama spesifikasi untuk model 502S, dipercayai untuk mendapat kelulusan jenis kenderaan (VTA) daripada pihak berkuasa negara itu.

ENJIN LEBIH BERKUASA

benelli-402S-4
benelli-402S-5
benelli-402S-1

Secara visual, 502S hampir identik dengan 402S (gambar atas), tetapi dibekalkan kaliper brek radial di depan, berbanding jenis paksi untuk jentera berenjin kecil. Sekali pandang nampak seakan tidak percaya ia bukan brek Brembo digunakan Leoncino 502, yang dilihat berkongsi fork sama dengan 502S baharu itu.

BACA >>> Benelli Leoncino 500 Kini di Malaysia - Harga RM27,999 Sahaja!

Dari segi prestasi, enjin kembar 500cc itu mampu menjana kuasa 46.9hp, manakala dokumen VTA untuk 502S (dengan kod nama BJ500-6A) mendedahkan berat jentera 220kg dengan kelajuan maksimum 160kmj.

Membawa bersama rekabentuk tradisi Itali, Benelli dijangka melancarkan debut barisan model 2019 pada EICMA di Milan, November ini dan semestinya 502S ialah salah satu daripada model tersebut.

SUMBER: VisorDown

Related

589
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: benelli, Benelli 502S, Ducati Diavel, EICMA 2018, Pameran Motosikal Milan (EICMA), roda2, Spyshot

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev