TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Lam Ming Wei, 26 menjadi pemenang bertuah apabila membawa pulang hadiah utama kereta elektrik Renault Twizy dalam peraduan 'Renault Buy & Win’ (Beli dan Menang Renault).
Dia yang membeli model Captur sebelum ini menyatakan kereta itu akan diserahkan kepada ibunya untuk kegunaan harian.
“Ini memang di luar jangkaan kerana saya sangka peluang untuk menang sangat rendah. Twizy sesuai untuk ibu saya bergerak ke tempat kerjanya yang tidak jauh dari rumah," katanya.
Sementara itu, tiga lagi pemenang Nur Izzati Rozali, 24, Chang Jun Wei, 26, dan S Suraindiran membawa pulang baucar percutian bernilai RM1,500. Peraduan 'Renault Buy & Win’ bermula 1 Januari hingga 30 Jun lalu yang mana pembeli Renault baharu layak menyertai pertandingan tersebut.
Leave a Reply