• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / 7 Fakta Pantas - Weststar Maxus V80, Van Komersial Praktikal dengan Harga Patut

7 Fakta Pantas - Weststar Maxus V80, Van Komersial Praktikal dengan Harga Patut

August 19, 2018 By Han Othman 3 Comments

303
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


WESTAR Maxus, selaku pengedar rasmi kenderaan penumpang dan barisan kenderaan utiliti sukan (MPV) jenama Maxus di Malaysia baru-baru ini memperkenalkan van komersial ringan, Maxus V80 (2018) yang ditawarkan dalam 2 varian: V80 (van penumpang) dan V80 (van panel).

Maxus ialah jenama automotif milik penuh SAIC Maxus, subsidiari kepada Maxus Motor, yakni gergasi automotif dari China. Westar Maxus pula ialah wakil pengedar dari Malaysia yang dilantik SAIC Maxus untuk memasarkan produk itu ke pasaran Asia Pasifik.

Apakah fakta menarik tentang Westar Maxus V80?

1. BOLEH KUSTOM IKUT CITA RASA PELANGGAN

V80 (van panel) boleh diubahsuai mengikut keperluan pelanggan. Misalnya, dikustomkan menjadi pejabat bergerak, trak makanan dan minuman termasuk ruang dapur, atau karavan, perpustakaan bergerak, ambulan dan lain-lain.

Antara entiti perniagaan yang menggunakan V80 sebagai kenderaan utama ialah Eco Coach Travel and Tours, DHL, Federal Express dan FF-Massimo. Ini termasuk agensi kerajaan seperti Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

2. RUANG KABIN LUAS

Ruang dalaman kabin Maxus V80 cukup luas dan selesa yang menawarkan penggunaan ruang paling tinggi, berserta jarak kelegaan tanah dan ketinggian dalaman terbaik.

Maxus V80 dikuasakan enjin 2.5L turbo diesel yang mampu menjana kuasa 134hp dan tork 330Nm denganpadanan kotak gear manual 5-kelajuan.

3. HARGA BERBALOI

  • V80 van penumpang (12 kerusi) - RM128,067.50
  • V80 van penumpang (15 kerusi) - RM129,067.50
  • V80 van panel - RM108,685.70
  • V80 van semi panel - RM115,867.70

* Harga atas jalan termasuk insuran

4. VERSI CKD DITAMBAH BAIK

Maxus V80 versi pemasangan tempatan (CKD) ini diberi penambahbaikan dari segi enjin, penjimatan bahan api, bampar baharu dan ketahanan. Westar Maxus mensasarkan menjual 1,000-1,200 unit pada 2019.

5. VERSI EV BAKAL MUNCUL


Westar Maxus turut merancang melancarkan Maxus V80 versi kenderaan elektrik (EV) sepenuhnya, dipanggil EV80 dalam tempoh terdekat. Pastinya menawarkan penjimatan maksimum yang berbaloi, terutama kepada mereka yang menjalankan urusan perniagaan dan logistik.

6. PUSAT 3S DI BUKIT MERTAJAM

Westar Maxus kini meluaskan lagi khidmat sokongan dengan membuka Pusat 3S di Bukit Mertajam yang pasti memudahkan pengguna jenama itu di Pulau Pinang.

7. INSENTIF PEMBELIAN MENARIK

Pelanggan Maxus V80 turut menerima insentif menarik, iaitu waranti percuma 3 tahun berserta servis yang juga percuma untuk had perbatuan 150,000km melibat kos alat ganti, upah buruh dan minyak pelincir.

GALERI

Related

303
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (MPV), Malaysia, Maxus V80, MPV, Roda4, SAIC Maxus, Van, Van Komersial, Van Komersial Ringan, Westar Group, Westar Maxus, Westar Maxus V80

Comments

  1. Nazira says

    August 14, 2019 at 9:20 AM

    Addess for service center bukit mertajam

    Reply
  2. Yusoff says

    May 21, 2020 at 10:45 PM

    Hi. Can we convert v80 to motorhome (caravan) seperti di Indonesia dan negara2 yang lain. Mengikut article di atas "V80 (van panel) boleh diubahsuai mengikut keperluan pelanggan. Misalnya, dikustomkan menjadi pejabat bergerak, trak makanan dan minuman termasuk ruang dapur, atau karavan, perpustakaan bergerak, ambulan dan lain-lain.

    If yes. How do we go about. Please advice

    Reply
  3. Rafidah says

    November 25, 2020 at 9:51 PM

    Dimana boleh dapatkan spare part V80 ..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev