• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 9 Fakta Menarik Mengenai Continental Automotive Components Malaysia

9 Fakta Menarik Mengenai Continental Automotive Components Malaysia

December 1, 2015 By admin.pandulaju 1 Comment

185
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Continental_Automotive_Malaysia_Pandulajudotcom_04

SAYA bersama rakan media lain berkesempatan melawat kilang Continental Automotive Components Malaysia di Perai, Pulau Pinang, minggu lalu. Tujuan hanya satu, mahu melihat dengan lebih dekat proses-proses penghasilan produk keluaran Continental.

Yang pasti, banyak yang saya pelajari dan mungkin ramai di antara anda tidak ketahui bahawa selain tayar syarikat itu juga mengeluarkan pelbagai teknologi terkini untuk diguna pakai di kebanyakan kereta.

Berikut saya senaraikan sembilan fakta menarik yang perlu anda ketahui;

Continental_Automotive_Malaysia_Pandulajudotcom_11

1.) 30 TAHUN PENUBUHAN

Diam tak diam, Continental Automotive Components Malaysia yang mula beroperasi sejak 1985 sudah berusia 30 tahun di Malaysia. Tugasnya adalah membina, memasang dan membekalkan pelbagai produk ke serata dunia.

2.) HASIL PRODUK SENDIRI

Untuk makluman, pihak Continental melakukan kesemua proses termasuklah merekabentuk, memasang dan mengedar.

Continental_Automotive_Malaysia_Pandulajudotcom_10

3.) PRODUK TEKNOLOGI TERKINI

Antara produk-produk dihasilkan adalah seperti casis, powertrain, panel meter, ECU, sistem paparan Head-Up Display (HUD) dan banyak lagi.

Continental_Automotive_Malaysia_Pandulajudotcom_03

4.) 1.4 JUTA KOMPONEN SETAHUN

Dengan kekuatan seramai 1,200 orang pekerja, ia mampu menghasilkan sehingga 1.4 juta unit komponen dalam tempoh setahun.

 5.) MEMASARKAN KEPADA 32 SYARIKAT TERNAMA

Banyak di antara syarikat pengeluar kereta tempatan dan dunia menggunakan produk keluaran Continental pada kenderaan mereka.

Antaranya, Volkswagen, Audi, Ford, BMW, Proton, Perodua, Vespa, Harley Davidson, Mercedes-Benz, Modenas, Citroen dan banyak lagi.

Continental_Automotive_Malaysia_Pandulajudotcom_12

6.) 80 PERATUS PRODUK DIEKSPORT

Selain pasaran tempatan, ia turut mengeksport ke negara lain seperti Australia, Brazil, Jerman, Afrika Selatan, China, Jepun, Thailand, Argentina, Mexico dan banyak lagi.

7.) PELUANG PEKERJAAN

Untuk makluman, 60 peratus pekerja adalah warga tempatan manakala selebihnya adalah warga asing.

Continental_Automotive_Malaysia_Pandulajudotcom_218.) 2 MINIT

Setiap komponen yang dipasang akan mengambil masa di antara satu hingga dua minit.

 9.) KOMPONEN BERKOD

Setiap produk dikeluarkan mempunyai bar kod tersendiri dan kesemua rekod ini boleh disimpan selama 25 tahun.

Sekiranya berlaku permasalahan pada produk, pihak kilang boleh menyemak dan mendapatkan maklumat seperti tarikh dan masa keluaran dengan hanya mengimbas imej bar kod.

Related

185
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Continental, Continental Automotive Components Malaysia, Kereta, Komponen, Perodua, Proton, Volkswagen

Comments

  1. Mohd shahar bin marsan says

    March 31, 2019 at 10:39 PM

    Hello sy ingin bertanya ecu untuk proton exora cps bolih di baiki di kilang ini atau dimana sy bolih repairs atau klau sy ingin membeli terus dari kilang dibenarkan atau tidak jika dibenarkan brapa harga nya. Terima kasih kerana sudi berkongsi dgn saya.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev