• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda Civic (2019) Tambah Varian Baharu, Honda Sensing Kini Jadi Ciri Standard

Honda Civic (2019) Tambah Varian Baharu, Honda Sensing Kini Jadi Ciri Standard

August 14, 2018 By Han Othman Leave a Comment

44
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Civic (2019) di Amerika Syarikat mendapat kemas kini terbaru dalam usaha menjadikan sedan itu sebagai antara model paling laris di sana.

Civic Sedan dan Coupe mengemas kini gaya dengan fasia atas diberikan gril 'sayap' baru berwarna hitam piano, termasuk penggayaan semula pada fasia bawah, gril bawah dan bampar, spliter depan lebar, dan aksen krom pod sisi, serta lampu utama LED dan haligen dikemas kini.

Bahagian belakang Sedan turut mendapat aksen krom pada bampar bawah, manakala kedua-dua model  dipasangkan rekaan rim baharu, termasuk saiz 18 inci untuk varian Touring.

BACA >>> Kuasa Honda Civic Type R dengan Kit Prestasi (Tambah 47hp, 98Nm)

Honda juga menambah varian baru Sport, yang diletakkan antara LX dan EX. Civic Sport tampil dengan fasia bawah depan hitam piano, akses pod sisi, manakala Sedan ditambahkan spoiler hujung but. Ada juga bampar bawah belakang gaya spliter yang dipadankan dengan kemasan krom pada ekzos poligonal, sama seperti Civic Si.

Melengkapkan lagi gaya agresif varian Sport ialah set rim aloi 10 jejari bersaiz 18 inci dalam kemasan Berlina Black. Varian ini dikuasakan enjin 4 silinder 2.0L DOHC VTEC dengan transmisi variabel berterusan (CVT) atau manual 6-kelajuan.

Dalam kabin, varian baharu itu juga dilengkapkan dengan paparan audio 7 inci dengan integrasi Apple CarPlay dan Android Auto, serta punat volum.

Sebagai tambahan kepada Sport baharu, semua varian daripada LX hingga Touring akan dibekalkan teknologi Honda Sensing, terdiri daripada sistem brek mitigasi perlanggaran dengan amaran perlanggaran depan (FCW), mitigasi tukar haluan dengan amaran lencong (LCW), bantuan kekal lorong (LKA) dan kawalan cruise adaptif (ACC).

BACA >>> #BIMS2018: Honda Civic 'Rallye Red' untuk Thailand Sahaja

Civic Sedan dan Coupe (2019) akan berada di pasaran AS pada lewat tahun ini. Harga akan diumumkan menjelang hari pelancaran rasmi kelak.

SUMBER: AutoGuide

Related

44
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Amerika Syarikat, Honda, Honda Civic, Honda Civic (2019), Honda Civic Coupe, Honda Civic Sedan, Honda Civic Sport, Honda Civic Touring, honda sensing, Roda4, Sedan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026, Gaya Klasik Untuk Pasaran Jepun, RM20.5 Ribu
    Honda GB350 C 2026, Gaya Klasik Untuk Pasaran Jepun, RM20.5 Ribu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • U Mobile Lancar Rangkaian 5G Generasi Baharu yang Lebih Pantas, ULTRA5G di Malaysia
    U Mobile Lancar Rangkaian 5G Generasi Baharu yang Lebih Pantas, ULTRA5G di Malaysia

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev