• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Selain Naik Tangga, Range Roger Sport P400e Juga Boleh Redah Banjir Sedalam 3 Kaki

Selain Naik Tangga, Range Roger Sport P400e Juga Boleh Redah Banjir Sedalam 3 Kaki

August 14, 2018 By Han Othman Leave a Comment

189
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERITA baik buat peminat Range Rover apabila varian terbaharu model itu kini dilengkapi teknologi redah banjir, dipanggil Wade Sensing System (WSS). Teknologi tersebut membolehkan pemandu menempuh kedalaman air hingga 3 kaki. Ini pasti menggembirakan pemilik di Malaysia yang setiap tahun berdepan masalah musim banjir seluruh negara dan banjir kilat di ibu kota.

Menurut Land Rover, sistem itu memberikan maklumat tentang kedalaman meredah air secara masa nyata yang bergantung kepada keupayaan redahan maksimum untuk lokasi terkini kenderaan dipandu.

BACA >>> 7 Fakta Pantas | Range Rover Velar Lancar di Malaysia, Harga Bermula RM529k

“Menggunakan sensor yang dipasang pada cermin pintu, sistem akan memberikan maklumat kepada pemandu menerusi paparan khas pada skrin sentuh. Sistem kemudian akan membantu pemandu mengetahui posisi atau sudut kenderaan, dan dapat menganggarkan potensi air dalam atau pusuan air.

Pemandu boleh mengaktifkan ciri WSS menggunakan punat khas dalam menu 4x4i.

range-roger-2019-redah-banjir-1
range-roger-2019-redah-banjir-2
range-roger-2019-redah-banjir-3
range-roger-2019-redah-banjir-4

Ciri baharu ini pernah didemokan Range Rover Sport P400e (2018) pada Oktober tahun lalu dalam satu rakaman video. Dalam video itu Range Rover Sport meredah air berombak sedalam 850mm di Pantai Bantham, South Devon, Britain. Menariknya, kenderaan utiliti sukan (SUV) itu turut bersaing dengan atlet renang, Ross Engley dan juara dunia renang maraton, Kerri-anne Payne.

Dan keputusan diperoleh memang mengujakan.

BACA >>> Range Rover Sport P400e - SUV Pertama Lintas 'Gerbang Syurga' di Gunung Tianmen

“Saya bersaing seluruh dunia, tetapi tidak pernah buat sesuatu macam ini. Dengan lawan yang kuat, saya cuba bersungguh-sungguh untuk kekal di depan Range Rover Sport - bukan apa yang saya biasa tengok di depan bahu saya ketika sedang berlumba," kata Payne.

Range Rover Sport pada awal tahun ini pernah melakukan ujian mendaki 999 anak tangga ke puncak Gunung Tianmen di China.

Berikut video perlumbaan epik tersebut:

Related

189
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Kerri-Anne Payne, Land Rover, Land Rover Range Rover, Range Rover, Range Rover Sport P400e (2019), Roda4, Ross Engley, SUV, Wade Sensing System

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev