• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ford Mustang Siap Sedia Berentap dalam NASCAR Cup, Tahun Depan!

Ford Mustang Siap Sedia Berentap dalam NASCAR Cup, Tahun Depan!

August 13, 2018 By Han Othman Leave a Comment

379
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FORD pada April lalu mengumumkan akan memasukkan Mustang ke dalam siri perlumbaan premium untuk kereta stock, Monster Energy NASCAR Cup. Terbaru, pengeluar itu mendedahkan rupa sebenar jentera lumba tersebut.

Dengan rupa depan direka mirip Mustang jalanan, dengan lencana kuda berlari di depan gril, Mustang akan jadi pertukaran bernilai untuk model Fusion yang mengundur diri daripada perlumbaan tersebut. Profil Mustang juga dilihat sudah siap mematuhi regulasi NASCAR.

"Sejak kami umumkan pada April yang Mustang akan pergi ke NASCAR pada 2019, kami tidak dengar apa-apa selain maklum balas positif," kata Pengarah Global Ford Performance Motorsports, Mark Rushbrook.

BACA >>> Ford Mustang ke-10 Juta, Kini Lebih Banyak daripada Penduduk Michigan

Manueur Rushbrook berkata lagi, pasukannya bekerja keras dengan Ford Design untuk menghasilkan Mustang yang akan tampil kompetitif atas trek dan pada masa sama masih berbangga dengan sejarah warisannya.

Mustang dikenali umum sebagai antara model ikonik yang memiliki sejarah perlumbaan yang hebat. Seawal 1964, model itu sudah berentap dalam Tour de France, dan kini masih bersaing dalam perlumbaan mencabar seperti Formula Drift, NASCAR Xfinity dan banyak lagi.

Pengumuman penyertaan NASCAR Cup itu juga diuarkan tidak lama selepas Ford menyambut pengeluaran Mustang ke-10 juta dalam sejarah pembuatan model itu. Kelibat pertama Mustang dalam siri NASCAR Cup akan bermula pada 17 Februari tahun depan di Daytona 500.

SUMBER: AutoGuide

Related

379
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Ford, Ford Mustang, Mark Rushbrook, Monster Energy NASCAR Cup, NASCAR, NASCAR Cup, Roda4, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev