• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Dikritik Tidak Cukup Power, Honda CBR1000RR Fireblade Akan Dapat Lebih Kuasa

Dikritik Tidak Cukup Power, Honda CBR1000RR Fireblade Akan Dapat Lebih Kuasa

August 13, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

623
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA bakal mendedahkan model CBR1000RR Fireblade versi kemas kini pada Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2018, November nanti, menurut sumber dari Jepun. Selepas dikritik pedas pasukan lumba sendiri, Honda melakukan u-turn dan kembali semula ke papan lukis. Hasilnya superbike itu dikatakan menerima tambahan kuasa sekurang-kurangkan 10hp, manakala rekabentuk fairing direka semula.

KUASA BESAR

Antara kompelin diterima daripada pelumba dan penunggang yang dahagakan kelajuan, Fireblade didapati kurang berkuasa berbanding pesaingnya. Dengan kuasa 187hp pada engkol, kuasa jentera hanya mula terasa di bawah 10hp atau 15hp dan ia satu jarak yang ada perbezaan besar dalam dunia superbike. Walhal Honda mengakui kuasa mudah diperoleh.

Ketua Projek Firebllade, Masatoshi Sato ketika menjelaskan mengenai enjin sedia ada model itu berkata;

"Kami dengan mudah boleh berikan 200hp, malah 300hp juga kalau kami mahu, tetapi kami rasa tidak ramai penunggang  mahukan lebih (kuasa)."

Peningkatan kuasa seperti dimahukan dapat dicapai mudah tanpa pelu mengubah arkitektur enjin dan mungkin sudah jadi sebahagian jadual pembangunan Fireblade. Enjin itu juga dijangka diseragamkan pada barisan model lain, berbanding cuma satu enjin untuk Fireblade dan SP dengan satu lagi untuk SP2.

BACA >>> Honda CBR1000RR Fireblade Kini di Indonesia - 189hp, 116Nm, RM223k

Pasukan lumba kini bergelut dengan aerodinamik jentera sejak Blade baharu diperkenalkan pada 2017. Pasukan BSB Honda kini sudah melakukan tiga peringkat rekabentuk fairing, manakala skuad lumba jalanan bergelut pula dengan kelajuan maksimum dan cengkapan depan dalam halaju tinggi di selekoh.

Rekabentuk fairing baharu dipercayai direka semula pada bahagian muncung, dengan skup ram udara (ram-air) tengah diletakkan berhampiran pusat tekanan fairing dan diukur untuk melindungi penunggang daripada angin serta membantu mengelak bahagian depan terangkat.

Model SP2 akan memiliki fairing gentian karbon penuh,  yang akan membantu mengekalkan berat jentera sekitar 185kg. Harga juga pasti meningkat, Fireblade standard ialah £16,500 (RM86,040), SP £20,000 (RM104,291) dan SP2 £30,000 (RM156,436).

BACA >>> Honda Perkenal Fireblade SP Custom Concept - Motor Lumba Replika 8 Hours Suzuka

* Foto ialah imej bayangan.


SUMBER: MCN

Related

623
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Boon Siew Honda (BSH), EICMA 2018, Fireblade, Honda, Honda CBR1000RR Fireblade, Masatoshi Sato, Pameran Motosikal Milan (EICMA), roda2, Roda4, superbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev