ATSUNORI Murata dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) baru Isuzu Malaysia dan bakal menggalas tanggungjawab menyelia operasi di Bahagian Kenderaan Komersial (Commercial Vehicle Division).
Berpengalaman luas dalam bidang pembangunan jualan, perniagaan, perancangan produk dan operasi, Murata sebelum ini pernah memegang beberapa jawatan tertinggi sepanjang berkhidmat di Isuzu Motors Japan.
Murata yang mula berkhidmat di Isuzu Motors Limited sejak 1998 turut berpengalaman menguruskan operasi perniagaan Isuzu di seluruh pelosok negara, termasuk China, Hong Kong, Singapura, New Zealand, negara Kesatuan Eropah (EU) dan banyak lagi.
BACA >>> 7 Fakta Pantas | Isuzu D-Max X-Series Edisi Terhad di Malaysia - RM118k, 210 Unit Sahaja
Selain Murata, tiga lagi pegawai baru turut dilantik di bawah Bahagian Selepas Jualan (After Sales Division) Isuzu Malaysia, terdiri daripada Ryo Kakogawa (COO), Katsushi Shimauchi (Penasihat Kanan bagi Perkhidmatan Pemasaran) dan Yuji Shinya (Penasihat Operasi Alat Ganti).
Maklumat lanjut mengenai rangkaian kenderaan Isuzu, sila hubungi 1-300-88-1133 atau layari Isuzu.net.my. Tahniah atas perlantikan semua pegawai baru Isuzu Malaysia.
Leave a Reply