• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Ford Mustang ke-10 Juta, Kini Lebih Banyak daripada Penduduk Michigan

Ford Mustang ke-10 Juta, Kini Lebih Banyak daripada Penduduk Michigan

August 9, 2018 By Han Othman Leave a Comment

163
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FORD Mustang diperkenalkan kepada dunia sejak 1964 dan kini model muscle itu sudah memasuki pengeluaran yang ke 10 juta unit.

Kilang Pemasangan Flat Rock Ford di Michigan mengeluarkan Mustang GT Convertible dalam warna putih Wimbledon White dengan kuasa 460hp yang dijana daripada enjin 5.0L V8 bersama paduan transmisi manual 6-kelajuan dan turut dibekalkan teknologi bantuan pemandu terkini.

Rupa model sempena meraikan pencapaian unggul itu ialah mengulangi Mustang siri pertama yang dihasilkan pada 1964 dengan nombor casis VIN 001, juga versi konvertibel dan berwarna putih. Cuma kuasa yang terhasil daripada enjin V8 pada masa itu ialah 164hp dengan transmisi manual 3-kelajuan.

BACA >>> Ford Mustang (2019) Lancar Warna Hijau Baharu yang Lebih Eksklusif - 'Need for Green'

Presiden Pasaran Global Ford Motor Company, Jim Farley berkata, Mustang ialah jiwa dan raga syarikat itu dan menjadi antara model kegemaran dunia.

"Saya alami tril sama saat menyaksikan Mustang bergerak atas jalan Detroit, London atau Beijing, seperti ketika beli kereta pertama, coupe Mustang 1966 yang saya pandu seluruh negara ketika remaja. Mustang boleh bikin kita senyum dalam apa saja bahasa," katanya.

Sepanjang sejarah pengeluar 54 tahun, Mustang juga dibina di San Jose, California, Metuchen, New Jersey dan sudah tentu kilang pengeluaran asal model itu di Dearborn, Michigan.

Kini selepas 6 generasi berlalu, Ford Mustang juga menjadi kereta sport Amerika paling laris sepanjang 50 tahun lalu, kereta sport terlaris selama 3 tahun berturut-turut, dan laman Facebook atas nama model itu sendiri yang mendapat jumlah Like paling banyak berbanding model lain.

BACA >>> Mod 'Quiet' Ford Mustang GT (2018) Tukarkan Bunyi Ekzos Sesenyap Honda Jazz

Bagi meraikan pencapaian itu, Ford mengadakan perarakan lebih 60 Mustang, termasuk model VIN 001 dan Mustang milik Polis Dearborn yang dipandu dari ibu pejabat Ford di Detroit, Michigan ke Kilang Pemasangan Flat Rock yang menjadi tenpat kelahiran model ke-10 juta.

GALERI
ford-mustang-ke-10-juta-1
ford-mustang-ke-10-juta-2
10 Millionth Mustang Celebration
10 Millionth Mustang Celebration
Ford-Mustang-10-juta-1
10 Millionth Mustang Celebration
10 Millionth Mustang Celebration
ford-mustang-ke-10-juta-7
ford-mustang-ke-10-juta-8
ford-mustang-ke-10-juta-9
ford-mustang-ke-10-juta-10

Related

163
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Ford, Ford Motor Company, Ford Mustang, kereta muscle, muscle car, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev