• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / EMotors-PRA Jalin Kerjasama Rancakkan Penggunaan Kenderaan Elektrik di Filipina

EMotors-PRA Jalin Kerjasama Rancakkan Penggunaan Kenderaan Elektrik di Filipina

August 9, 2018 By Han Othman Leave a Comment

2
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ADA sebabnya kenapa kami akan menyatakan sokongan penuh kepada agenda kereta nasional 3.0 sekiranya itu ialah projek kenderaan elektrik (EV). Sekarang baca berita di bawah ini.

Di Filipina, pengeluar EV, EMotors bersetuju menjalinkan kerjasama dengan Persatuan Peruncit Filipina (PRA) untuk merancakkan penggunaan pengangkutan sifar emisi. Kerjasama itu dibuat sempena Ekspo dan Persidangan Peruncitan Kebangsaan ke-25 pada 9-10 Ogos ini di Pusat Konvensyen SMX di Pasay City.

BACA >>> #SembangDeras: Projek Kereta Nasional 3.0 - Psstt... Kau Jangan Percaya Sangat!

Kolaborasi tersebut melibatkan komitmen EMotors dan PRA dalam melindungi alam sekitar menerusi penggunaan pengangkutan yang bersih, hijau dan mesra-eko selain mewujudkan kesedaran dan menetapkan penanda aras bagi inisiatif kelestarian alam sekitar.

Ahli-ahli PRA terdiri daripada peruncit besar seperti SM, Robinsons, Wilcon, dan lain-lain, termasuk pengusaha kecil yang menjadi sebahagian daripada persatuan tersebut. PRA juga menjadi persatuan pertama di Filipina yang menggunakan pengangkutan EV dalam acara tahunan itu.

Perkongsian EMotors dan PRA akan menyediakan pengangkutan e-shuttle, ZÜM percuma kepada orang ramai di acara itu yang melibatkan 800 syarikat peruncit sebagai ahli persatuan dan lebih 3,000 peserta, termasuk pengunjung, dan jurucakap dari Singapura, Thailand dan negara lain.

BACA >>> PM ke Jepun - Toyota, Nissan Akan Jalin Kerjasama untuk Projek Kereta Nasional 3.0?

Presiden PRA, Rose Ong berkata, kolaborasi dengan EMotors ialah satu cara menunjukkan betapa mudah menggunakan EV dan akan mewujudkan impak positif yang bukan hanya pada alam sekitar, kesihatan dan kebahagiaan, tetapi juga kos penjimatan.

Bahang dan gelombang penggunaan pengangkutan EV semakin terasa. Saingan dalam iondustri ini sebenarnya agak terbuka kerana teknologi dan proses pembuatan EV tidak serumit menghasilkan enjin pembakaran dalaman. Jadi setiap negara dunia memang ada potensi memiliki EV sendiri.

Bersediakah Malaysia?

SUMBER: CarMudi

Related

2
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, EMotors, EV, Filipina, Kenderaan Elektrik (EV), Kereta Nasional 3.0, Persatuan Peruncit Filipina (PRA), PRA, ZÜM

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my