• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Benelli-Mahavir Group Jalin Kerjasama di India, Siap Sedia Cabar Dominasi Royal Enfield

Benelli-Mahavir Group Jalin Kerjasama di India, Siap Sedia Cabar Dominasi Royal Enfield

August 8, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

131
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BENELLI bersetuju bekerjasama dengan Mahavir Group untuk mengembangkan jenama tersebut di India, juga usahasama kedua pengeluar Itali itu, yang kini dimiliki firma China, untuk menembus masuk pasaran negara Asia Selatan itu.

Benelli, sebelum ini pernah memasuki India menerusi DSK Group pada 2014 dengan melancarkan pelbagai model bermula TNT300. Bagaimanapun, DSK Group tahun lalu bergelut dengan masalah kewangan hingga menjejaskan masa depan jenama itu di India.

BACA >>> #GIIAS2018: Benelli Motobi 200 Evo - Cruiser Mini Retro Lancar, Rp28.8 Juta (RM8k)!

Usahasama terbaru Benelli-Mahavir Group akan dimulakan dengan pembinaan kilang seluas 3 ekar berhampiran Hydreabad dan bakal memperkenalkan tiga model awal, iaitu TRK 502, Leoncino dan Imperiale 400 sebelum melancarkan sekurang-kurangnya 7 model menjelang penghujung 2019.

IMPERIALE 400 UJI PASARAN

Benelli Imperiale 4003
Benelli Imperiale 4004
benelli-logo-bg

Cruiser retro, Imperiale 400 bakal berentap dengan model Royal Enfield Classic 350 tahun depan. Model itu pernah ditayangkan kepada umum pada Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2017 dengan anggaran harga sedikit lebih tinggi, iaitu kira-kira ₹225,000-250,000 (RM13,308-14,833).

BACA >>> Pelan Harley-Davidson: Serius Masuk Pasaran Asia, Bakal Lancar Model 250cc

Imperiale 400 dijana enjin silinder tunggal berkapasiti 373.5cc suntikan bahan api penyejukan udara berkuasa 19hp @ 5,500rpm dan tork 28Nm @ 3,500rpm dengan transmisi 5-kelajuan. Ciri lain dimuatkan ialah brek cakera dengan ABS.

Gaya badan klasik diserlahkan menerusi kluster instrumen kembar rekaan retro kontemporari. Keselesaan pengendalian dimantapkan dengan penggunaan frem cradle berganda dengan fork teleskopik di depan dan absorber spring di belakang.

 

Tayar 19 inci di depan dan 18 inci (belakang) menampung berat jentera 200kg bersama tangki bahan api 12 liter. Buat masa ini, Benelli cuba menyelit masuk dalam segmen yang diisi Royal Enfield. Difahamkan, Bajaj juga merancang memasuki segmen berkenaan dengan produk baharu hasil kerjasama dengan Triumph.

BACA >>> Pelan Harley-Davidson: Serius Masuk Pasaran Asia, Bakal Lancar Model 250cc

Malah, Harley Davidson turut merancang menyertai subsegmen 500cc tersebut. Nampaknya pasaran segmen motor retro klasik di India pasti jadi lebih menarik dengan kemunculan banyak pesaing baru yang akan mengacau dominasi Royal Enfield.

GALERI

Related

131
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, benelli, Benelli Imperiale 400, cruiser, Cruiser Retro, Harley-Davidson, India, roda2, Royal Enfield, Royal Enfield Classic 350

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev