• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PM ke Jepun - Toyota, Nissan Akan Jalin Kerjasama untuk Projek Kereta Nasional 3.0?

PM ke Jepun - Toyota, Nissan Akan Jalin Kerjasama untuk Projek Kereta Nasional 3.0?

August 8, 2018 By Han Othman 1 Comment

412
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NAMPAKNYA hasrat mahu merealisasikan impian projek kereta nasional 3.0 tidak mampu dikekang lagi. Ini dibuktikan menerusi kenyataan terbaru Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan Malaysia akan mendapatkan bantuan pengeluar automotif seperti Nissan Motor dan Toyota Motor dalam menjayakan projek mega tersebut.

Memetik laporan Astro Awani, Dr Mahathir dalam rangka lawatan ke Fukuoka berkata, kepakaran Jepun sudah menjadi satu kewajipan bagi memenuhi standard pembuatan kereta moden masa kini.

BACA >>> #SembangDeras: Projek Kereta Nasional 3.0 - Psstt... Kau Jangan Percaya Sangat!

"Beberapa anggota delegasi saya akan melawat Daihatsu, tetapi kami ada satu syarikat yang sudah menulis surat kepada Nissan dan Toyota untuk menjalinkan kerjasama," kata Dr Mahathir tanpa mendedahkan nama syarikat berkenaan.

Daihatsu Motor ialah subsidiari hak milik penuh Toyota Motor, dan kita semua tahu Toyota sendiri ialah antara pemegang saham terbesar dalam Perodua selaku pengeluar automotif nasional kedua Malaysia. Malah model-model Daihatsu ialah rujukan utama dalam pembuatan kenderaan Perodua hari ini.

Pada masa sama, pasaran Toyota di Malaysia juga kuat dan masih kekal sebagai antara pengeluar bukan nasional terhebat di pasaran. Tidakkah sebarang kerjasama yang menyebabkan berlaku konflik kepentingan?

Namun, dalam ucapan di hadapan sekumpulan pelajar sekolah menengah yang menyertai kem musim panas Japan Future Leaders School, Dr Mahathir ada menyebut tentang kereta elektrik sebagai kenderaan pilihan masa depan. Ini bermakna Perdana Menteri kita memang sedia maklum tentang perkembangan dunia automotif antarabangsa masa kini.

BACA >>> Rafizi Mahu Projek Kereta Nasional 3.0 Dikaji Semula, Gesa Hapuskan Duti Eksais

Persoalannya, seperti mana pernah dibangkitkan kami, dan terlebih dahulu disuarakan pakar ekonomi, Prof Jomo KS, mungkinkah projek kereta nasional 3.0 itu nanti sebenarnya ialah kereta elektrik aka EV? Kalau benar, kami mungkin akan jadi antara pihak media yang akan menyokong usaha itu. 😉

SUMBER: AstroAwani

Related

412
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Daihatsu Motor, EV, Jepun, Kenderaan Elektrik (EV), kereta elektrik, Kereta Nasional 3.0, Kereta Nasional Ketiga, Nissan, Perdana Menteri Malaysia, Roda4, Toyota, Tun Dr. Mahathir Mohamad

Comments

  1. Alson P says

    August 8, 2018 at 9:31 AM

    Terbaik projek kereta national ke3 kenderaan elektrik sepenuhnya.. Sokong 100%, pastikan tidak mengganggu pasaran Proton dan Perodua.. Jangan lupa bas, Lori, hipercar EV..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev