• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Zaqhwan Zaidi Rangkul Naib Juara Perlumbaan ARRC di India

Zaqhwan Zaidi Rangkul Naib Juara Perlumbaan ARRC di India

August 7, 2018 By Abang GYL Leave a Comment

65
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Podium SS600 Zaqhwan Zaidi ARRC India 2018
WALAUPUN gagal menepati sasaran, pelumba negara, Mohd Zaqhwan Zaidi tetap berpuas hati apabila muncul naib juara perlumbaan 1 SuperSports 600cc dalam Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang berlangsung di Litar Lumba Motor Madras, Chennai, India.

Pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing itu bermula dari petak ketiga dan menamatkan 16 pusingan perlumbaan dengan catatan masa keseluruhan 27’35.629s. Juara pula menjadi milik Anthony West (Webike Ikazuchi Racing) yang menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 27’35.304s.

BACA >>> Zaqhwan Zaidi Raih Podium Pertama Di Litar Suzuka, Azlan Masih Kekal No.1

Tempat ketiga milik Taiga Hada (Idemitsu Honda Racing India by T.Pro Ten10) dengan masa 27:36.885s, manakala seorang lagi pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman gagal menamatkan perlumbaan.

Menurut Zaqhwan, perlumbaan kali ini sangat sukar kerana faktor cuaca berubah-ubah selain bermula agak perlahan dan sedikit ketinggalan pada awal perlumbaan.

“Saya cuba mengejar dan memberikan saingan kepada West pada penghujung perlumbaan. Namun disebabkan jurang yang agak jauh menyebabkan saya gagal mendekatinya. Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan gelaran naib juara dan akan cuba lebih baik.

Gelaran juara meletakkan West selesa menerajui kedudukan keseluruhan dengan 111 mata, diikuti Yuki Ito (Yamaha Racing Asean), kedua dengan 76 mata. Azlan Shah pula jatuh ke tangga ketiga dengan 74 mata.

BACA >>> SIC Sah Tubuh Pasukan Baharu MotoGP 2019, Yamaha YZR-M1 Jadi Jentera Taruhan

UNDERBONE 150CC

Dalam saingan Underbone 150cc, Ahmad Fazli Sham meraih kemenangan pertamanya bersama pasukan ONEXOX TKKR Racing selepas menamatkan perlumbaan dengan masa keseluruhan 19’02.205s. Dia berjaya mengatasi rakan senegara, Md Helmi Azman (SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team) di tempat kedua dengan masa 19:02.460s. Kedudukan ketiga menjadi milik Peerapong Peerapong Luiboonpeng (Team One For All) dengan masa 19:02.502s.

BACA >>> Jorge Lorenzo dan Hafizh Syahrin Bakal Jadi Pelumba Petronas Yamaha MotoGP?

Podium SS600 Zaqhwan Zaidi ARRC India 2018


KEPUTUSAN PERLUMBAAN 1

SUPERSPORTS 600

  1. Anthony West (AUS) Webike IKAZUCHI Yamaha Racing 27:35.304s
  2. Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Musashi Boon Siew Honda Racing 27:35.629s
  3. Taiga Hada (JPN) Idemitsu Honda Racing India by T.Pro Ten10 27:36.885s
  4. Andi Farid Izdihar (INA) Astra Honda Racing Team 27:37.007s
  5. Tomoyoshi Koyama (JPN)  Musashi Boon Siew Honda Racing 27:37.724s

Ranking Keseluruhan

  1. Anthony West (AUS) Webike IKAZUCHI Racing 111 mata
  2. Yuki Ito (JPN)  Yamaha Racing Asean 76 mata
  3. Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 74 mata
  4. Keminth Kubo (THA) Yamaha Racing Asean 57 mata
  5. Ratthapong Wilairot (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 56 mata

ASIA PRODUCTION 250

  1. Rheza Danica Ahren ( INA) Astra Honda Racing Team 21:53.4
  2. Mario Suryo Aji (INA) Astra Honda Racing Team 21:53.5
  3. Reynaldo C. Ratukore (INA) ONEXOX TKKR Racing Team 22:01.9
  4. Rafid Topan Sucipipto (INA) Yamaha Yamalube KYT TJM WR Super Battery 22:04.5
  5. Awhin Sanjaya (INA) Astra Honda Racing Team 22:05.3

Ranking Keseluruhan

  1. Rheza Danica Ahren (INA) Astra Honda Racing Team 148 mata
  2. Mario Suryo Aji (INA)  Astra Honda Racing Team 122 mata
  3. Anupab Sarmoon (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 92 mata\
  4. Awhin Sanjaya (INA)   Astra Honda Racing Team 63 mata
  5. Muklada Sarapuech (THA) AP Honda Racing Thailand 62 mata

UNDERBONE 150

  1. Ahmad Fazli Sham (MAS) ONEXOX TKKR Racing 19:02.205s
  2. Md Helmi Azman (MAS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team 19:02.460s
  3. Peerapong Luiboonpeng (THA) Team One For All 19:02.502s
  4. Fakhrusy Syakirin Rostam (MAS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team 19:02.673s
  5. Md Haziq Md Fairues (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team 19:02.691s

Ranking Keseluruhan

  1. Md Helmi Azman (MAS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team 114 mata
  2. Md Izzat Zaidi (MAS) RCB Yamaha YY Pang Racing 101 mata
  3. Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha Racing Indonesia 72 mata
  4. Md Akid Aziz (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team 71 mata
  5. Ahmad Fazli Sham (MAS) ONEXOX TKKR Racing Team 63 mata
Podium SS600 Zaqhwan Zaidi ARRC India 2018
Podium SS600 Zaqhwan Zaidi ARRC India 2018
Podium SS600 Zaqhwan Zaidi ARRC India 2018
Podium SS600 Zaqhwan Zaidi ARRC India 2018

Related

65
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Ahmad Fazli Sham, Anthony West, ARRC, ARRC 2018, Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC), Kejuaraan Motosikal Asia FIM 2018, Md Zaqhwan Zaidi Malaysia, Musashi Boon Siew Honda Racing, pelumba Md Zaqhwan Zaidi, Podium SS600 Zaqhwan Zaidi ARRC India 2018, Zaqhwan Zaidi, Zaqhwan Zaidi 2018

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev