• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Lexus LC Limited Edition - Sedan GT Mewah Edisi Khas Tunjuk Muka Sebelum ke Paris

Lexus LC Limited Edition - Sedan GT Mewah Edisi Khas Tunjuk Muka Sebelum ke Paris

August 6, 2018 By Han Othman Leave a Comment

108
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LEXUS LC Limited Edition didedahkan dengan skema warna unik, dan beberapa ciri tambahan baharu. Ciri paling ketara ialah kemasan cat kuning Naples Yellow, yang lepas gelap berbanding Falre Tellow yang ditawarkan untuk barisan model LC lain.

LC Limited Edition didatangkan dengan pek Sport+, dengan rim aloi 21 inci dan bumbung gentian karbon. Selain itu ialah Lexus Dynamic Handling, stereng empat roda, diferensial gelincir terhad Torsen dan spoiler belakang aktif yang akan dibuka di hujung but apabila kenderaan dipandu lebih 80kmj.

BACA >>> Lexus LC-F Mahu Cabar Nissan GT-R, Bakal Tampil Mewah dan Berkuasa

Trim pintu dirapikan dengan kemasan kuning, sebaliknya benang kuning dijadikan sulaman pada roda stereng, panel instrumen, perehat lengan sentral dan kerusi kulit putih juga.

Lapik bumbung menggunakan kemasan Alcantara, manakala paparan dongak (HUD) dan sistem audio Mark Levinson dengan 13 pembesar suara ditawarkan sebagai opsyen, kedua-duanya boleh dipilih.

LC Limited Edition akan ditawarkan dalam 2 varian enjin: 2.9L V6 Hybrid (354hp) dan aspirasi natural (NA) 5.0L V8 (47hp).

Ini bukan satu-satunya varian istimewa LC yang pernah dihasilkan Lexus. Sebelum ini pengeluar jenama mewah dari Jepun itu pernah menghasilkan model spesifikasi sama, Structural Blue Edition, tetapi disempurnakan dalam kemasan warna biru unik dengan dalaman biru, jingga dan putih.

BACA >>> Lexus LC 500 Kini di Malaysia, 8 Unit Sudah Dijual - Harga Hanya RM940,000

Harga masih belum disahkan dan dijangka dijual pada November ini. Jika mengambil kira harga model edisi khas terdahulu, harga LC Limited Edition ini ialah £91,995 (RM485,429). Model edisi khas terbaru ini akan melakukan debut pada Pameran Motor Paris, Oktober ini.

Related

108
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: edisi khas, Edisi Terhad, Lexus, Lexus LC, Lexus LC Limited Ediiton, Pameran Motor Paris 2018, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my