• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Rafizi Mahu Projek Kereta Nasional 3.0 Dikaji Semula, Gesa Hapuskan Duti Eksais

Rafizi Mahu Projek Kereta Nasional 3.0 Dikaji Semula, Gesa Hapuskan Duti Eksais

August 6, 2018 By Azhan O Leave a Comment

113
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BARU saja penulis Bang Nin bersembang deras semalam, hari ini Naib Presiden Keadilan, Rafizi Ramli menyuarakan kebimbangannya dengan hasrat Kerajaan yang mahu meneruskan projek kereta nasional 3.0 walaupun mendapat tentang rakyat.

BACA >>> #SembangDeras: Projek Kereta Nasional 3.0 - Psstt... Kau Jangan Percaya Sangat!

Supaya tidak dituduh memutar belitkan fakta, kami siarkan terus kenyataan media Rafizi yang dipetik daripada laman web beliau dan baru saja disiarkan sebentar tadi:

Saya membaca laporan-laporan akhbar mengenai hasrat Kerajaan Persekutuan melancarkan projek kereta nasional yang ketiga menjelang 2020. Perkara ini turut diumumkan oleh YB Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan seperti yang dilaporkan The Star bertarikh 4 Ogos 2018 (capaian https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/08/04/third-national-car/).

Saya ingin melahirkan rasa bimbang sekiranya Kerajaan Persekutuan secara berterusan mahu meneruskan projek ini dalam keadaan tentangan rakyat terhadapnya adalah jelas.

Pakatan Harapan dipilih atas platform untuk mengurangkan beban sara hidup rakyat. Sementara rakyat masih memberi peluang kepada Pakatan Harapan untuk melaksanakan janji-janji manifesto (walaupun ada yang tidak dapat dilaksanakan dalam tempoh 100 hari), melaksanakan sesuatu yang tidak popular dan bertentangan dengan tawaran Pakatan Harapan akan mengundang rasa sinis rakyat.

Sejak Buku Jingga ditulis dalam tahun 2010, parti-parti yang menjadi majoriti di dalam Pakatan Harapan (iaitu KEADILAN, DAP dan pimpinan yang meninggalkan PAS untuk membentuk AMANAH) secara berterusan menyatakan hasrat untuk menghapuskan duti eksais yang dikenakan ke atas penjualan kereta kerana cukai kereta itu dilihat sangat membebankan.

Cukai eksais banyak dikaitkan dengan usaha melindungi kereta-kereta nasional yang akhirnya menyebabkan harga kereta menjadi lebih mahal berbanding negara-negara lain.

Platform dasar yang mahu menghapuskan cukai eksais demi menurunkan harga kereta ini tidak pernah berubah selepas Pakatan Harapan ditubuhkan. Tidak ada mana-mana bahagian di dalam kempen Pakatan Harapan atau manifesto Pakatan Harapan yang menyelitkan usaha mewujudkan perusahaan kereta nasional yang ketiga.

Saya berpandangan usaha untuk menubuhkan perusahaan kereta nasional yang ketiga akan mendatangkan kesan kewangan yang besar kepada rakyat, seperti berikut:

1. Berapa pelaburan yang perlu dibuat menggunakan dana awam?
2. Badan kerajaan mana (GLC, GLIC atau MOF Inc) yang akan mengambil tanggungjawab melaksanakan projek ini?
3. Adakah Kerajaan Persekutuan berhasrat menghapuskan cukai eksais untuk mengurangkan harga kereta, apabila kereta nasional ketiga dilancarkan?

Apabila Menteri Pembangunan Usahawan telah menetapkan tempoh masa yang khusus iaitu pelancaran projek kereta nasional ketiga menjelang tahun 2020, saya tertanya-tanya sama ada satu perancangan khusus yang menilai kesan kewangan kepada negara telah dijalankan?

Untuk mengurangkan sindiran dan serangan ke atas Kerajaan Persekutuan, saya menyeru supaya perkara ini dipertimbangkan semula.

Memandangkan ia bersabit perkara dasar, ia sewajarnya dibawa ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan terlebih dahulu untuk mendapat persetujuan bersama parti-parti yang membentuk Pakatan Harapan. Sementara saya menghargai keperluan Jemaah Menteri membuat keputusan, tetapi keputusan yang bersabit perkara dasar mestilah diperhalusi secara prinsipnya di peringkat Pakatan Harapan sebelum boleh dilaksanakan melalui Jemaah Menteri.

Pandangan saya ini akan mengundang pelbagai kontroversi.

Saya tidak begitu bimbang dengan serangan dari dalam dan luar apabila saya menyuarakan pandangan-pandangan berhubung kebajikan rakyat seperti ini kerana saya yakin pentadbiran Pakatan Harapan lebih terbuka dengan pandangan dan kritikan membina.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN KEADILAN

SUMBER: RafiziRamli.com

Related

113
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, cukai eksais, Naib Presiden Keadilan, Pakatan Harapan (PH), PH, Projek Kereta Nasional 3.0, Rafizi Ramli

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev