• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Gran Turismo Sport Tambah 7 Kereta Baru, Termasuk Mercedes-AMG F1 W08 EQ Power+

Gran Turismo Sport Tambah 7 Kereta Baru, Termasuk Mercedes-AMG F1 W08 EQ Power+

August 1, 2018 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


DALAM dunia permainan video atau game, Gran Turismo Sport ialah antara simulator pemanduan terbaik di pasaran dan sentiasa dikemas kini dengan pelbagai tambahan baru.

Terkini, game tersebut menambah model Mercedes-AMG F1 W08 EQ Power+ yang dipandu pelumba Britain, Lewis Hamilton dalam Kejuaraan Dunia Formula Satu (F1) 2017 yang dikatakan sebagai kereta paling pantas pernah dihasilkan atas trek F1. Malah, jentera itu turut mencatatkan banyak rekod lap dan kejuaraan di pelbagai litar seluruh dunia.

BACA >>> Lewis Hamilton Jual Mercedes-Maybach S600, Harga £104,990 (RM561,105)

Turut dimasukkan ialah Mazda 787B (1991) yang siap dengan livery ikonik, iaitu jingga neon dan hijau argyle (foto bawah). Kereta lumba Group C itu ialah satu-satunya jentera Jepun yang pernah memenangi 24 Hours of Le Mans sebelum Toyota mengulangi detik sama pada tahun ini. Malah masih menjadi satu-satu kereta berenjin rotari yang memenangi kejuaraan kelas tertinggi.

gran-turismo-sport-new-additional-7
gran-turismo-sport-new-additional-5
gran-turismo-sport-new-additional-6

Bersama Mazda, Gran Turismo turut menambah kereta ujian ialah Ford GT LM Spec II generasi pertama warna hitam kusam, Ferrari 250 GTO (secara spesifik #3729GT) dan tiga roadster kecil JDM: Honda S660 (2015), Honda Beat (1991), dan Daihatsu Copen (2002).

Kesimpulannya, ada tambahan 7 model baru yang akan menyertai 218 kereta lain dalam game tersebut yang kini boleh dimuat turun daripada PlayStation Store untuk GranTurismo Sport.

BACA >>> Gran Turismo Sport (GT Sport) atau Forza Motorsport 7 (FM7)? Mana Satu Lebih Seronok?

Pembina game itu, Polyphony Digital turut menambah pemandangan litar Circuit de Sainte-Croix di selatan Perancis, rekabentuk sut dan helmet lumba baru, dan acara baru. Lihat saja imej dan video di bawah. Layannnn....

GALERI

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: game, Gran Turismo, Gran Turismo Sport, Lewis Hamilton, Mazda 787B (1991), Mercedes-AMG F1 W08 EQ Power+, permainan video, Polyphony Digital, video games

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev